PM umum tiada kenaikan tol untuk 5 tahun akan datang...
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak umum kerajaan akan menamatkan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkn Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught berkuatkuasa Mei tahun ini. Ketika mengumumkan demikian di Putrajaya, Jumaat, Perdana Menteri berkata penutupan tol itu adalah lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya, iaitu 2018. "Ini bermakna pengguna lebuhraya tersebut tidak perlu lagi membayar tol di lebuhraya berkenaan," katanya. Najib berkata inisiatif penutupan awal tol itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuhraya berkenaan. Beliau turut mengumumkan bahawa tiada kenaikan tol akan berlaku untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. Beliau berkata keputusan untuk tidak menaikan tol selama lima tahun itu dibuat berikutan kesediaan dua orang ahli koporat korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol tam...