194 ahli Pas Pengkalan Chepa sertai UMNO

KOTA BHARU 8 Ogos - Seramai 194 ahli Pas mengambil keputusan menyertai UMNO kerana terkilan dengan sikap pemimpin parti itu yang didakwa gagal membawa perubahan selain enggan berjuang untuk penyatuan orang Melayu di negara ini.

Mereka merupakan ahli Pas di tiga buah kampung di Pengkalan Chepa dekat sini iaitu Kampung Tukang Dollah, Kampung Pantai Cahaya Bulan dan Kampung Tok Betek.
Ketiga-tiga Kampung tersebut sebelum ini mendapat gelaran 'kawasan hijau' berikutan sokongan fanatik penduduknya kepada Pas.
Kesemua ahli Pas terbabit telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sempena ceramah `Selamat Tinggal Pas' di Kampung Tukang Dolah di sini, malam tadi yang dihadiri oleh lebih 2,000 penduduk.
Turut hadir memberikan ceramah adalah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Mudir Pondok Pok Krau Tumpat, Mohammed Zainal Abidin.
Mustapa dalam ucapannya mengisytiharkan gerakan habis-habisan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional dalam merampas kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang
"Beberapa bulan lalu ketika di Pasir Mas ada penyokong setia Pas termasuk pemimpin mereka menyertai UMNO dan malam ini sekali lagi anda semua telah membuat satu keputusan yang betul.
"Di sinilah kita bermula, saya mengisytiharkan gerakan habis-habisan untuk kita bersama-sama menumbangkan Pas Kelantan dan merampas semula negeri ini," jelas beliau sambil mendapat sorakan padu penduduk yang hadir. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

KENALI MARIAM MOKHTAR! DIA SEORANG LIBERAL YANG MAHUKAN PERUBAHAN DALAM ISLAM

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL