Masyarakat Cina sambut meriah Najib di Hulu Yam Baru

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan luar biasa oleh hampir 500 penduduk Hulu Yam Baru majoritinya masyarakat Cina ketika walkabout mengejut ke pekan kecil itu, petang Jumaat.
Perdana Menteri yang tiba dengan pakaian sepasang Melayu selepas solat Jumaat di Sungai Buaya kemudian menukar pakaian di sebuah restoran di pekan itu sebelum berjumpa dan bermesra dengan orang ramai.
Dalam ucapannya, Najib mahu BN diberikan kepercayaan untuk melakukan perubahan di Selangor setelah ‘dipinjamkan’ selama dua tahun kepada pakatan pembangkang.Katanya, perubahan Selangor harus bermula di Hulu Selangor.
Malah menurut beliau, kerajaan BN akan menunaikan janji membawa perubahan kepada bukan sahaja penduduk parlimen Hulu Selangor tetapi di negeri itu.
Beliau yang juga Pengerusi BN dan UMNO Selangor yakin masyarat Cina akan terus bersama dan menyokong kerajaan.
Terdapat seramai 1197 pengundi Cina di kawasan Hulu Yan Baru atau dikenali pusat mengundi Hulu Yam Timur manakala Melayu seramai 371 dan India 181 orang.


Najib berada hampir sejam di restoran itu sambil melayan penduduk yang silih berganti bersalaman dengannya serta mendapatkan tandatangan beliau.



Turut serta Pengarah Pilihanraya Hulu Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Datuk Seri Zulhasnan Rafique.



Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana