Nampak sangat Pas kena bodoh oleh DAP dan PKR.
SHAH ALAM, 28 Sept – PAS kini menjadi mangsa buli rakan kompenannya, DAP dan PKR, dakwa Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz. imageSejak awal penubuhan PAS, parti itu seringkali dibuli musuh politiknya, malah kini menjadi sasaran rakan sekutunya sendiri, ujar Nik Abduh lagi. “Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi. “PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi. “Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli,” katanya menerusi kenyataan medianya. DAP dan PKR kini secara terbuka mengritik PAS dan tanpa berlapik memberitahu parti itu sepatutnya dihukum kerana enggan bersama menyokong keputusan-keputusan yang dicapai dalam isu...