Posts

Jangan sesuka hati guna ayat al-Quran - Mufti Kelantan

KOTA BHARU 30 Nov. – Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab suci yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik. Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai. "Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham,” katanya. - Utusan apalah nak jadi sekarang ni...parti pas yang menjuangkan islam hanya diam membisu macam tak ada kesalahan apa apa..kenapa jadi bergini?kerana politik.

Orang PAS dipasir putih dikelantan menyertai UMNO

PerantauanTERKINI 103 bekas ahli yang kecewa dengan Pas sertai UMNO PASIR PUTEH 27 Nov. – Seramai 103 bekas ahli Pas termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising dalam Parlimen Pasir Puteh bertindak menyertai UMNO Cawangan Kampung Wakaf Bunut hari ini. Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan, 66. "Saya sedar perjuangan Pas selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam,” kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman. Nordin yang mula menyertai Pas selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata, parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi. – Bernama

Ku Li setuju jadi Pengarah PRK Galas

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kata Tengku Razaleigh Hamzah sudah setuju untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Galas.Katanya surat lantikan itu sudah ditandatangani oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia kini ditangannya.Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Hari Raya di ibupejabat Polis Putrajaya Isnin,Tengku Adnan berkata surat berkenaan besar kemungkinan diserah oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin sekembali Tengku Razaleigh dari luar negara pada 8 Oktober. saya harap akan menjadi kenyataan semoga umno mesti bersatu hati untuk menyatupadu orang melayu.apa yang saya harapkan semoga ku li akan dilantik menjadi calon dun galas.insyallah

Melayu sanggup diperkudakan tujuan politik

Image
melayu sanggup buat bergitu untuk menarik simpati pengundi bukan melayu dan sanggup lakukan apa saja tujuan politiknya.pas yang sebagai parti islam pun sudah macam liberal plak.

756 Ahli Pas Di Parlimen Larut Sertai Umno

SELAMA: Seramai 756 ahli Pas dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya. Bekas Timbalan Ketua Pas cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak. Kesemua ahli Pas itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis Rahmat Ramadan Bersama Menteri Besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di sini, Jumaat. Mat Arop berkata beliau menjadi ahli Pas selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal. Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga mendorongnya untuk beralih arah kepada UMNO. ...

Lebih 700 Ahli PKR Sertai PBS

TAMPARULI: Lebih 700 orang termasuk bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kiulu. Mereka menyerahkan borang keanggotaan masing-masing kepada Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan PBS bahagian itu dekat sini. Berucap merasmikan mesyuarat, Pairin berkata penyertaan beramai-ramai itu menunjukkan keyakinan mereka terhadap perjuangan PBS yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut. Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri turut meminta anggota parti serta masyarakat di Kiulu agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa kerajaan BN gagal membangunkan kawasan tersebut. "Memanglah kita tidak boleh memberikan semua kemudahan sekelip mata namun kerajaan berada dalam kedudukan yang lebih baik membantu rakyat berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tiada kemampunan melaksanakannya," katanya. Beliau turut memberi contoh beberapa ...
Image
Di Pulau Pinang isu doa khutbah Jumaat sebut nama Lim Guan Eng dah agak sejuk…di Selangor pula makin hangat dengan aksi Ahli Parlimen DAP Serdang,Teo Nie Ching berada dalam ruang sembahyang di Surau Al-Huda Kajang Sentral berbaju kebaya dan tidak menutup aurat pada 22 Ogos baru ini.Beliau telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.Entahlah kalau ini juga dikata bukan satu penghinaan kepada umat Islam dan mencemar kesucian rumah Allah.Isu ini yang disiarkan oleh beberapa laman blog semakin mengundang reaksi bantah dikalangan umat Islam ulasan saya: semua nya yang ada dalam masjid tu yang boleh berfikir yang mana elok atau tak elok...kenapa mesti diam membisu.masyallah...apa dah  jadinya.