Tahukah Anda? Dr Mahathir Gagal Dalam Tujuh Tahun Pertama Jadi PM

Ketika ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam nada bersunggguh-sungguh mengatakan beliau mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sayangkan negara dan mahu menyelamatkan Malaysia.

Bagaimanapun tahukah anda, ketika dalam tempoh sama Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu, Malaysia menempuh banyak masalah dan kesukaran dek kerana apa yang boleh dikatakan sebagai kegagalan seorang pemimpin.

Dari tahun 1981 hingga 1988, dalam tujuh tahun pertamanya, kadar pengangguran dalam negara meningkat dua kali ganda, kadar defisit belanjawan negara merekodkan kadar tertinggi dalam sejarah dan hutang luar negara meningkat sehingga negara mengalami kegawatan ekonomi.

Bukan itu sahaja, dari keputusan politik, beliau pernah memecat tiga orang Menteri dan empat orang Timbalan Menteri dalam bulan Ramadhan, merosakkan sistem kehakiman, menipu berbilion ringgit dalam unit saham Bumiputera dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Makuwasa.

Dalam soal media pulak, pada zaman tujuh tahun pertama itu empat akhbar utama ditutup operasinya antaranya Sin Chew, Watan dan The Star, menjadikan UMNO berpecah dan menyebabkan parti diharamkan.

Antara yang paling diingati pastinya menahan lebih dari 100 orang ke dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta memecat bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Kini, sebenarnya semuanya berbeza kerana tujuh tahun pertama Najib dipenuhi dengan kejayaan berasaskan fakta melalui beberapa sistem yang diilhamkan oleh beliau untuk memantau perjalanan negara pada zaman pentadbirannya.

Perkara seperti Nilai Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berdasarkan beberapa program transformasi sudah boleh dianggap kejayaan dan sejarah dalam negara kita.

Jadi, adakah dengan reputasi Dr Mahathir dengan senarai kegagalan tadi, beliau mahu berkata Najib tidak bagus dan beliau mahu menyelamatkan parti UMNO dan negara Malaysia?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana