Ambil Tindakan Tegas Terhadap Doris Jones Termasuk Tarik Balik Kewarganegaraan


KUALA LUMPUR, 25 Feb – Pihak berkuasa didesak segera mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook Doris Jones termasuk menarik balik kewarganegaraannya sebagai tindak balas di atas sikap kurang ajarnya dalam akaun facebooknya.

Wakil Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia, Mohammad Anuar Mohd Yunus berkata tindakan Doris Jones memuat naik gambar seekor anjing berkepalakan gambar wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dalam akaun FBnya baru-baru ini ternyata biadap dan tidak boleh diterima.

“Bagi kami, ini merupakan sati tindakan yang amat kurang ajar, boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu, orang Islam memandangkan anjing ini sangat sensitif.

“Sehubungan dengan itu, kami mendesak agar pihak berkuasa menyemak status kewarganegaraan pemilik akaun FB ini kerana tindakannya merupakan satu penghinaan terhadap pemimpin, orang Melayu. Kalau saya pun orang buat macam tu, kita sendiri pun akan marah,” ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi di sini sebentar tadi. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana