BN sudah sampai garis penamat…UMNO kena bangkit sendiri

Rasanya siapapun tidak perlu nak berdolak dalik lagi.Barisan Nasional yang ditubuhkan pada 1973 dari asalnya Perikatan kini sedang berhadapan dengan situasi ‘gone case’.

Malah sejak pilihanraya umum ke 14 melabuhkan tirai pada 9 Mei lalu ada yang sudah membilang hari hayat gabungan 13 buah bekas parti pemerintah itu.

Ini terbukti bila situasi di Sabah bergegar dengan tindakan UPKO kemudian LDP dan seterusnya diikuti PBS dan PBRS keluar dari BN pada hari pertama,kedua dan ketiga sejurus selepas pilihanraya umum.

Pada Selasa pula menyaksikan empat parti di Sarawak PBB,PRS,PDP dan SUPP angkat kaki dari BN untuk tubuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bergerak sendiri.

Ia bukanlah satu langkah mengejut kerana ramai pemerhati politik sudah menduganya dalam lanskap politik terkini.

Ibarat kata semuanya kena berpijak di bumi nyata dan mencari dahan untuk bergayut.

Di semenanjung MyPPP yang berdepan kemelut dalaman juga sudah keluar dari komponen.

Dari 13 anggota komponen BN kini tinggal empat sahaja yakni UMNO,MCA,MIC dan Gerakan.

UMNO kekal menjadi komponen terkuat dan parti tunjang yang mempunyai jumlah ahli Parlimen terbanyak yakni 54.

Sebaliknya MCA tinggal satu iaitu Parlimen Air Hitam ,MIC dua Tapah dan Cameron Highland manakala Gerakan pula tiada Ahli Parlimen langsung.

Prestasi MCA,MIC dan Gerakan yang ‘hancur lebur’ ini satu hal.

Apa yang paling menjolok mata ialah kajian mendapati BN cuma dapat 2.4 peratus sahaja undi kaum Cina dalam PRU14.

Walaupun UMNO tidak dapat pertahan 88 kerusi yang dimenangi pada PRU13 dan tinggal 54 kerusi Parlimen namun undi orang Melayu pada parti itu tetap steady.

Harapan untuk melihat MCA yang menang 7 kerusi pada PRU13 , MIC  4 kerusi  dan Gerakan 2 kerusi dapat bangun semula pada PRU14 tidak kesampaian.

Inilah antara situasi yang ramai kalangan ahli dan pimpinan UMNO nampak BN selaku sebuah gabungan tidak ada masa depan lagi.

Siapa saja yang realistik terpaksa membuat kesimpulan pedih itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz secara terbuka kata pemimpin-pemimpin BN perlu menerima hakikatnya jenama gabungan itu tidak lagi boleh dipasarkan.

Katanya sukar untuk mempertahankan BN sekarang ini di Malaysia Barat apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi diterima rakyat.

“Parti seperti MIC, MCA dan Gerakan sudah dikalahkan begitu teruk dan tidak mungkin dalam masa singkat ini mereka boleh bangun semula.

“Kalau mereka tidak boleh bangun semula, bagaimana BN hendak berfungsi. Kita kena terima hakikat, BN sudah tidak boleh pergi dah,” katanya.

Beliau mencadangkan agar BN dibubarkan untuk mencari hala tuju baru dikemudian hari.

Katanya  pimpinan BN perlu melihat contoh Parti Perikatan yang dibubarkan pada 1973. Gabungan ad hoc itu, yang diasaskan pada 1957 di Tanah Melayu, dibubarkan selepas beberapa siri rundingan dengan parti pembangkang dan kemasukan Gerakan, MyPPP dan PAS pasca tragedi 13 Mei 1969.

“Kena buat macam dulu, apabila Perikatan lemah, terus bubar Perikatan dan tubuhkan BN. Kemudian jemput parti lain bergabung bersama. BN ini sudah 45 tahun, saya ingat ini yang terbaik,” katanya.

Beliau melihat dari sudut positif empat parti Sarawak meninggalkan BN dan menubuhkan gabungan sendiri dan begitu juga halnya dengan UMNO di Malaysia Barat.

“Dalam PRU akan datang kita boleh bersama dengan parti gabungan Sarawak ini untuk tubuh kerajaan di peringkat Pusat. Itu yang terbaik,” katanya.

Kalangan pemerhati sendiri melihat UMNO tiada pilihan lain kecuali bergerak guna kekuatan sendiri untuk bangkit semula.

Sekalipun kini cuma berkuasa di dua negeri Perlis dan Pahang namun pegangan 54 kerusi Parlimen adalah satu kekuatan yang tidak boleh dipandang ringan oleh lawan.

Apa lagi kalau nak dibandingkan dengan PAS yang juga pegang dua negeri Kelantan dan Terengganu cuma ada 18 Ahli Parlimen,

PPBM pula yang pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad pegang jawatan Perdana Menteri cuma ada 13 kerusi Parlimen dan bergantung hayat pada kekuatan gabungan bersama PKR DAP dan PAN.

Siapa sangka PPBM,parti kecil yang bermula dengan keadaan tidak meyakinkan boleh menjadi kuasa besar hari ini.

Begitu juga PKR yang bermula dengan protes penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh sampai tahap sekarang sekalipun ambil masa 20 tahun.

Bagi kalangan pemerhati dalam arina politik yang terkenal dengan istilah nothing is impossible segala kemungkinan menanti UMNO di depan.

Pentasnya luas terbentang.Apa yang penting semua rapatkan saf dan elak perpecahan khususnya semasa pemilihan UMNO pada 30 Jun ini agar parti terus utuh.

Untuk mengharungi segala cabaran.dalam situasi sekarang setelah 61 tahun tidak pernah kalah semua ahli kena berpegang kepada ayat...sendiri mau ingat

Comments

Unknown said…
pendapat saya mungkin salah tapi izinkan saya sampaikannya juga. UMNO telah agak lama bermasalah tetapi katalisnya ialah SEORANG WANITA yang sedang mendampingi Presiden parti. Sekiranya wanita ini tidak ujud dalam gambaran UMNO dan tidak menunjukkan dirinya sebagai amat berkuasa menguasai Presiden parti, ramai yakin hingga hari ini UMNO masih lagi menjadi ketua dalam kerajaan hari ini walaupun mungkin tidak sekuat dulu dan perlu dibaik pulih segera. Sementara pemimpin-pemimpin parti pula dari peringkat bawah hinggalah ke peringkat paling tinggi adalah bersifat sombong, pantang ditegur, angkuh dan ada kalanya kurang ajar bila berurusan dengan rakyat. Rasuah telah menjadi virus yang sukar di hapuskan di kalangan mereka. kemasukan ahli-ahli baru ke dalam parti di sabotaj oleh pemimpin-pemimpin di peringkat cawa agan lagi dengan tidak mengemukakan boarang permohonan ke ibu pejabat parti. Didoakan semuanya berubah untuk kebaikan semua agar UMNO mampu bangun semula.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana