Alamak...Pasal kedai roti pun Dr Mahathir nak U-Turn…

Nak bercakap pasal pelbagai U-turn dalam pendirian politik Tun Dr Mahathir Mohamad ada senarai panjang yang semua orang sudah tahu.Ada antaranya yang cukup pelik termasuk isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pencetus masalah politik negara.

Isunya sekalipun sudah korner baring dalam bab politik kerana sudah terjun dalam kolam pembangkang…tak kan cerita berniaga kedai roti pun nak pusing juga.

Ini yang terbaru menjadi bualan ramai di seluruh negara bila ketua pakatan pembangkang itu boleh buat kering dan selamba menafikan ada saham dalam kedai roti terkenal The Loaf.

Sejak dibuka 12 tahun lampau bermula di Langkawi pada 2006 dan kemudian ada cawangan di Kuala Lumpur kedai roti itu memang sinonim dengan Dr Mahathir.

Mereka yang ke pusat beli belah Pavilion di pusat ibukota tentu nampak kedai roti itu di bahagian depan Jalan Bukit Bintang.

Malah ada yang sudah terbiasa cakap ‘nak makan roti Dr Mahathir’ bila sebut hendak ke The Loaf.

Notis penutupan kedai roti itu disiarkan menerusi satu notis yang dimuatnaik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu.

Ketika ditemui wartawan ketika berceramah di Bukit Tangga dekat Bukit Kayu Hitam,Kedah Jumaat malam,Dr Mahathir kata beliau tidak memiliki saham dalam kedai roti The Loaf sebaliknya hanya ada 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

"Saham itu dianugerahkan kepada saya selepas merasmikan syarikat terbabit ketika menjadi Perdana Menteri," katanya.

Sebaliknya di media sosial sudah tersebar luas butiran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pasal syarikat kedai roti berkenaan M&M Consoliated Sdn Bhd yang antara lain jelas tertera nama Dr Mahathir sebagai pemilik 10,062.000 juta saham.

Peliknya kenapa perlu bekas Perdana Menteri itu bp;eh main nafi begitu saja.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada ucapannya di satu majlis di kawasan Parlimen beliau di Larut,Perak telah mempersoalkan sikap Dr Mahathir.

Beliau mengingatkan Dr Mahathir supaya berhenti menipu rakyat apabila menafikan beliau memiliki sebarang saham dalam kedai roti The Loaf .

Katanya beliau tahu Pengerusi PPBM itu memiliki pegangan saham sebanyak RM10 juta dalam kedai roti The Loaf.

Hamzah mengandaikan mungkin Dr Mahathir malu sebab kedai itu tutup dan dari dulu sampai sekarang rugi.

"Sekarang sudah tutup, hendak salahkan kerajaan, jadi usah dengar cakap Mahathir yang putar alam. Cakaplah betul-betul. Banyak perkara yang dia dah buat, dia putarkan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL