ECRL boleh jimat tapi Dr.Mahathir tidak fikirkan kepentingan Pantai Timur...Cuba Beri Pada Kroni Dan Anak Beranaknya?
Jika dilaksanakan pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, kos bagi pembinaan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) adalah kurang daripada RM30 bilion, berbanding RM55 bilion ketika ini.
Walau bagaimanapun jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata projek tersebut tidak dilaksanakan ketika itu kerana Dr Mahathir tidak memikirkan kepentingan untuk negeri Pantai Timur dibangun dan dihubungkan dengan satu rangkaian kereta api yang efisyen.
“Kos anggaran projek ECRL yang dilakukan perunding pada zaman beliau (Dr Mahathir) adalah jauh lebih rendah tetapi beliau tidak berbuat apa-apa.
“Perdana Menteri ketika ini (Datuk Seri Najib Razak) pula serius dengan membelanjakan berbilion ringgit untuk infrastruktur mega, bukan untuk dirinya tetapi untuk penduduk di Terengganu, Kelantan dan Pahang yang berhak mendapat peluang ekonomi yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan peralatan pusat pemindahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada daerah Kota Belud, Sabah hari ini.
Semalam, Abdul Rahman menyangkal dakwaan yang dicetuskan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, kononnya projek ECRL bukan pelaburan, sebaliknya pinjaman.
Abdul Rahman berkata, kerajaan sudah berulang kali menjelaskan termasuk di Parlimen bahawa projek itu distrukturkan sebagai pelaburan domestik yang dibiayai pinjaman mudah dari China melalui Export-Import Bank of China (EXIM), dengan kadar faedah yang rendah iaitu 3.25 peratus.
Beliau berkata, projek berkenaan tidak boleh ditangguhkan lagi kerana kosnya akan semakin meningkat pada masa akan datang.

Comments