Dap Ada Hasrat Angkat Zaid Sebagai MB Selangor

Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa ada kemungkinan Dap mempunyai hasrat untuk mengangkat Zaid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, sekiranya negeri ini kekal di bawah kekuasaan pakatan harapan selepas PRU ke-14 akan datang.

Menurut beliau, ini kerana Dap yakin parti itu akan dapat menguasai lebih banyak kerusi pada PRU ke-14 dan akan terus menjadi parti terkuat dalam menentukan sebarang dasar dalam pentadbiran pakatan harapan Selangor

“Zaid Ibrahim yang merupakan seorang pemimpin Melayu telah mengeluarkan kenyataan biadap dan kurang ajar terhadap Sultan baru-baru ini diuar-uarkan kemungkinan menjadi salah seorang yang bakal diangkat oleh Dap untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

“Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana Dap akan memilih individu-individu yang dilihat mempunyai ideologi dan pemikiran sekular yang sama sepertimana ideologi politik yang didokong oleh parti tersebut.

“Pemimpin-pemimpin Melayu seperti Zadi Ibrahim inilah merupakan calon yang amat sesuai untuk dipergunakan oleh Dap bagi menjalankan agenda politik kesamarataan mereka di negeri Selangor ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika di temui di Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini.

Beliau secara sinis juga mengingatkan Datuk Seri Azmin Ali bahawa andainya pakatan harapan terus memerintah di Selangor selepas PRU ke 14-ini, maka beliau tidak akan lagi menjadi Menteri Besar di negeri tersebut.

“Azmin Ali jangan mimpi untuk jadi Menteri Besar sekiranya pembangkang menang sekali lagi di Selangor pada PRU ke-14 ini.

“Saya yakin, Dap akan menggunakan kuasanya untuk mengangkat orang yang lebih radikal dalam mempromosikan ideologi politik seperti Zaid Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar,” tegasnya.

Bagaimanapun, beliau berkeyakinan bahawa hayat pakatan harapan di Selangor tidak akan bertahan lama memandangkan sudah terbukti kerajaan mereka gagal mentadbir dengan baik.

“Rakyat hari ini sudah melihat kegagalan kerajaan pakatan harapan dalam mentadbir negeri selama dua penggal. Tidak ada pembangunan atau kebajikan rakyat yang boleh dikagumi selama dua penggal mereka memerintah.

“Malah saya yakin, rakyat juga sudah bosan dengan sikap pemimpin pakatan harapan Selangor yang lebih banyak berpolitik daripada menumpukan usaha untuk menyelesaikan isu-isu rakyat terbanyak di negeri ini,” tegasnya lagi.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana