KERAJAAN PERLU TEGAS, AKTA HASUTAN SENJATA, PERISAI KESELAMATAN NEGARA PERLU DIPERTAHAN

Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (Perkasa Selangor) menggesa kerajaan supaya tidak cuba atau sesekali tidak tunduk kepada desakan supaya akta hasutan dimansuhkan sama sekali dalam perundangan negara ini.

Pemansuhan akta itu sebagaimana yang disuarakan pihak tertentu dilihat bukan satu jalan yang terbaik untuk menujukkan prinsip keterbukaan sebaliknya hanya akan mengundang kepada kemerosotan pemikiran masyarakat akibat berleluasanya fitnah selain menjejaskan keselamatan negara.

Kita melihat pihak tertentu itu juga mempunyai agenda tersembunyi yang mana mungkin mereka melihat akta tersebut sebagai halangan mereka yang selama cuba menyebarkan fitnah, tohmahan serta tuduhan sebagai komoditi utama bagi mencapai maksud dan tujuan mereka.

Kerajaan perlu tegas dalam mempertahan dan mengekalkan akta hasutan itu kerana ia bukan sahaja terbukti dalam memastikan keamanan negara sejak sekian lama, bahkan turut berupaya memastikan perpaduan rakyat berbilang kaum terus utuh di negara ini.

Kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kesan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini sehingga pihak keselamatan yang difahamkan sukar untuk mengekang anasir yang menggugat keselamatan negara.

Akta Hasutan adalah senjata dan perisai keselamatan negara. Justeru ia harus dikekal dan dipertahankan memandangkan ia adalah akta yang terus kekal relevan selagi wujudnya para pengkhianat yang mahu menghuru-harakan negara, rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana