Isu Pengguguran Azmin: Sandiwara Yang Cuba Mengumpan UMNO

Isu terbaru yang timbul di Selangor ialah membabitkan Pusat Giat MARA yang diarah tutup oleh DAP menggunakan Kerajaan Negeri Selangor kononnya untuk mewujudkan pusat latihan aeroangkasa di kawasan sekangkang kera itu. Isu berkenaan terlalu dekat di hati orang Melayu memandangkan MARA sememangnya ditubuhkan sebagai pencetus ekonomi Melayu-Bumiputera. Dan yang menariknya Pusat Giat MARA tidak sahaja memberikan tempat kepada anak-anak Melayu lepasan sekolah untuk menimba kemahiran vokasional tetapi turut menyediakan tempat untuk anak-anak India dan Cina bagi tujuan yang sama.

Malangnya, dengan berselindung di sebalik undang-undang, DAP telah menggesa Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh PKR untuk mengambil tindakan ke atas Pusat Giat MARA tersebut. Dan seperti yang diketahui, status tanah yang diduduki oleh semua Pusat Giat MARA adalah TOL dan status tersebut telah dimansuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk kerajaan negeri pada 2008. Sekaligus menjadikan kesemua Pusat Giat MARA itu sebagai berstatus HARAM.

Tertekan dengan kemarahan orang Melayu dan turut dipercayai menggugat sokongan PAS kepada Pakatan Rakyat Selangor, akhirnya Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa tempoh 12 bulan diberikan kepada Pusat Giat MARA Selayang untuk melengkapkan dan mempertingkatkan prasarana premis tersebut sekiranya enggan ditutup.

Hanya golongan yang memeluk agama Pakatan Rakyat sahaja yang akan percaya dan menari-nari dengan kenyataan Khalid Ibrahim kerana Menteri Besar Selangor itu sebenarnya hanya bermain dengan masa, memandangkan tempoh TOL tamat bagi tanah tersebut adalah pada Disember 2014, bukannya Januari 2014.

Dengan kata lain, menjelang Januari 2015, premis berkenaan sudah sepatutnya ditutup kerana telah melebihi kebenaran TOL yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor terdahulu.

Disebabkan itulah, Khalid Ibrahim dan PKR sedang bertungkus lumus menyediakan isu-isu baru yang dibesar-besarkan agar dapat menenggelamkan isu ini selain melindungi pembohongan serta penipuan yang terang-terang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Selangor. Ia samalah seperti mereka membiayai tunjuk perasaan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur terhadap Kerajaan Persekutuan dengan alasan untuk menurunkan harga barangan, sedangkan di Selangor, Kerajaan Negerinya terus meningkatkan kadar cukai dan yuran perniagaan sekaligus menggalakkan kenaikan harga tidak terkawal di negeri ini.

Anehnya, kaum yang menyokong Pakatan Rakyat, tidak dapat melihat langsung kaitan ini. Sebaliknya mereka lebih seronok bercakap, bersembang, bergurau dan berjenaka tentang sesuatu yang tidak ada kaitan dengan apa yang mereka perkatakan sebelum ini iaitu KANGKUNG!

Pertelingkahan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim bukannya baru. Azmin Ali gagal menjadi Menteri Besar Selangor bukan kerana Pakatan Rakyat enggan memilihnya tetapi kerana kuasa eksekutif menerima perlantikan seseorang Menteri Besar adalah pada DYMM Sultan Selangor. Pusinglah kut mana sekalipun, Azmin Ali tetap tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor selagi tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor. Burukkanlah Khalid Ibrahim bagaimana sekalipun, selagi DYMM Sultan Selangor tidak memperkenankan usul menukar Menteri Besar, Azmin Ali hanya boleh berangan-angan dan merengek di ketiak Anwar Ibrahim.

Gelagat tolak sana tolak sini seperti yang ditunjukkan dalam isu PKNS ini sebenarnya hanyalah sebahagian daripada jalan cerita kartun yang dipersembahkan oleh PKR. Walau apa pun alasan yang diberikan, malah walau sebesar mana pun polemik yang dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin PKR Selangor termasuklah oleh Ketua Umumnya, ia tidak lain selain daripada cubaan untuk melarikan isu dan terus melekakan para pengikut dan pengundi Melayu di Selangor!

Yang untung tetap pada DAP!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana