Tuntut Kerusi Parlimen Gelang Patah : Jui Meng Disifatkan Angkuh


JOHOR BAHRU, 19 Feb - Pakatan pembangkang di Johor bertelagah berhubung pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan DAP mendesak PKR memecat pengerusinya di negeri itu, Datuk Chua Jui Meng.Desakan itu dibuat Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih pucuk pimpinan PKR Johor.Cheng Hau berkata, Jui Meng banyak kali mengumumkan beliau akan bertanding di Gelang Patah, walaupun tiada keputusan dibuat pucuk pimpinan pusat pakatan pembangkang.

"Beliau (Jui Meng) juga selalu tolak cadangan DAP dan PAS dengan menggambarkan dirinya berkedudukan lebih tinggi dan berpengaruh dalam pakatan," katanya dalam kenyataan dalam bahasa Mandarin yang diedarkan kepada media berbahasa Cina di sini, semalam.Dalam kenyataan itu, Cheng Hau turut mendakwa pakatan pembangkang di Johor, sudah berpecah sejak dua tahun lalu, iaitu sejak Jui Meng dilantik mengetahui PKR Johor.“Keangkuhan beliau adalah penyebab utama perpecahan ini dan sebab itu saya merayu Anwar atau Wan Azizah mengambil alih kepemimpinan PKR di Johor,” katanya.

Parlimen Gelang Patah asalnya adalah kerusi tradisi DAP, sebelum memberi laluan kepada PKR pada 1995 untuk membolehkan bekas Pengerusi PKR Johor, Allahyarham Abdul Razak Ahmad, yang ketika itu bertanding atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM).Kerusi itu kembali ditandingi DAP pada 1999 sebelum memberi laluan kepada PKR meletakkan calon pada PRU 2004 dan 2008 tetapi tewas kepada calon BN, Tan Ah Eng.Selepas PRU 2008, DAP dikatakan sudah membuat persediaan untuk kembali bertanding di kerusi itu.Bagaimanapun, ia menjadi isu apabila kerusi terbabit turut menjadi idaman Jui Meng kerana melihat potensi untuk menang berikutan peratusan tinggi pengundi Cina di situ.

Jui Meng ketika dalam Barisan Nasional (BN) bertanding di Parlimen Bakri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana