Perghhh Pejabat DAP Di Ipoh Di Baling Batu...Ambil Kau

Dua ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh.
 


Beliau percaya batu itu dibaling semasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.

Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh, tambahnya.

Kami sedang cuba menyemak rakaman CCTV, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada kita boleh dapatkan sesuatu untuk diserahkan kepada polis, kata Wong kepadaMalaysiakini ketika dihubungi.

Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh seorang yang kuat kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.

Comments

Popular posts from this blog

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

BAPA JHO LOW RUPANYA KRONI MAHATHIR…