MB Perak ‘tawan hati' pengundi di kubu PAS DUN Pasir Panjang

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir tidak pernah meminggirkan kawasan DUN Pasir Panjang walaupun kawasan itu dimenangi calon pembangkang dalam PRU ke12 yang lalu.
Calon yang menang bukanlah calang-calang orang kerana sebaik memenangi DUN Pasir Panjang mengalahkan wakil BN (dari MIC), Dato’ Seri Nizar Jamaludin (PAS) dilantik menjadi Menteri Besar ke 10.Bagi pengundi di DUN itu khusus yang memilih beliau, mereka seperti berpesta kerana mereka percaya “hujan emas” bakal turun di kawasan itu sehingga boleh melemaskan mereka berbanding dengan kawasan yang lain.Namun seperti juga kata pepatah, harapkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.Maka benarlah ia tak ubahseperti indah khabar dari rupa.Selain dari Nizar hanya menjadi Menteri Besar selama11 bulan, kawasan itu macam terpinggir kerana Nizar begitu sibuk dengan hal-hal yang berkaitan politik kepartian.Sebagai pemimpin PAS yang “ada nama dan jawatan” Nizar banyak menghabiskan masa di luar Perak berceramah di pentas-pentas Pas.
Justeru rakyatpun nampak macam tenggelam punca kerana wajah wakil rakyat mereka sangat sukar dilihat.Walaubagaimanapun hati mereka terubat dengan kunjungan Menteri Besar ke kawasan berkenaan, sambil meninjau beliau turut menghulur bantuan.Sejak beberapa tahun ini Dr.Zambry mengambil pendekatan turun padang ke setiap daerah termasuklah turut sama melawat DUN Pasir Panjang bagi mendekati permasalahan rakyat.
selepas melakukan program turun padang ke Parit Buntar selama dua hari berturut-turut, Menteri Besar meluangkan masa di DUN Pasir Panjang.Bagi penduduk di situ, beberapa bulan lalu, Menteri Besar mengumumkan DUN Pasir Panjang bakal ditandingi calon UMNO menggantikan calon MIC yang diserahkan kawasan lain.Dengan itu kawasan ini yang majoritinya pengundi-pengundi Melayu menarik nafas lega kerana impian melihat calon UMNO bertanding pula menjadi nyata.Menurut Dr. Zambry, persetujuan dicapai bagi membolehkan UMNO meletakkan calonnya menggantikan calon MIC dan “Nizar tahu” mengenai rancangan UMNO ini.Untuk rekod, DUN ini ditandingi calon MIC sejak 1993 walaupun terdapat 60 peratus pengundi berketurunan Melayu manakala sebakinya terdiri dari India dan Cina.

Serangan bertubi-tubi ke kawasan Pasir Panjang telah membuahkan cakap-cakap bahawa Nizar mungkin berpindah ke kawasan lain bagi memastikan peluang tewas tidak berlaku.Ketika ditanya, Menteri Besar mengesahkan dia juga ada mendengar cakap-cakap ini tapi “saya tak tahu tapi ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia (Nizar) tidak pernah pun memperjuangkan isu Pasir Panjang. Lihat saja semasa sidang DUN, ada Nizar bangkitkan masalah penduduk Pasir Panjang?.”
Kunjungan terbaru Dr.Zambry sehari suntuk melibatkan Kampung Serdang, Sitiawan dan sebagainya.
Ramai datang mengadu kepadanya betapa janji Nizar untuk menyelesaikan masalah mereka belum menampakkan sinar harapan.

Selain dari itu Menteri Besar tidak menghampakan penduduk apabila turut sama menghulurkan bantuan seperti kotak makanan dan sedikit wang tunai membabitkan mereka yang memerlukan.
Mengulas lawatan ke DUN Pasir Panjang, Dr.Zambry berkata:”kita masuk kampung ada makna,bukan setakat nak berceramah dan bercakap bukan-bukan kepada rakyat. Itu bukan cara saya sebagai pemimpin rakyat”.Beliau menyatakan rasa gembira kerana dapat mendengar aduan dan masalah penduduk setiap kali berkunjung ke kawasan berkenaan.Katanya beliau melihat keadaan rumah-rumah yang uzur dan orang tua yang kurang berupaya sambil memberi jaminan, “insyaAllah kita akan perbaikinya”.Beliau yang juga ADUN Pangkor berkata sebagai pemimpin masyarakat, beliau bertanggungjawab membantu mereka yang memerlukan walaupun kawasan tersebut dikuasai pembangkang

Sambil mendedahkan serta melahirkan rasa pelik dengan aduan terbaru yang diterima akan sikap Nizar yang bersikap pilih kasih terhadap masyarakat serta hanya membantu golongan yang menyokong beliau saja.“Dia pandai masuk campur hal di Johor sedangkan rakyat di tempat sendiri langsung dia tak ambil kisah,” tambahnya.Bagi wartawan yang menyertai rombongan lawatan Menteri Besar ke DUN Pasir Panjang,mereka terharu pendekatan dibuat Menteri Besar berinteraksi dengan orang ramai tanpa bersikap pilih kasih.Selepas bersarapan pagi dengan penduduk di sebuah gerai, Menteri Besar bersama-sama jemaah(termasuk rombongannya) menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Mutgaqqin , Felcra, Lekir.Manakala ketika menemui penduduk di Kampung Serdang, Menteri Besar menghulur bantuan kepada Norlian Mohd Yatim yang menderita penyakit kanser payudara.
Norlian terharu dengan kunjungan itu sambil melahirkan rasa shukor malah menyatakan: “mak cik ucap syukur dan terima kasih sebab Mentgeri Besar sudi melawat makcik, terima kasih juga sebab bagi bantuan ini."

Comments

Mohon link kan blog saya di blog tuan, terima kasih.
http://miazarraannur.blogspot.com/
Unknown said…
Sudah link bro...tiada masalah untuk menentang pakatan rakyat

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana