Wan Azizah 'tembak' PAS... dakwa pecahkan undi Melayu...Takut Dengan Bayang Kekalahan PKR

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa tindakan PAS meletakkan calon di kawasan bukan majoriti Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bertujuan memecahkan undi.

Beliau berkata tindakan PAS itu memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

Sebagai contohnya di Perak, katanya PAS bertanding di kawasan Parlimen Teluk Intan yang pengundi Melayunya 38% daripada keseluruhan 66,487 pengundi Cina (42%), manakala pengundi India (19%).

“Manakala di kawasan Parlimen Sungai Siput, PAS juga meletakkan calonnya yang mana pengundi Melayu hanya 33% (daripada 55,002 pengundi), kaum Cina (39%) dan India 21%.

“Ini semua adakah untuk memecahkan undi Melayu bagi memenangkan BN?,” katanya dalam sidang media pada program “Santai Petang Bersama Kak Wan” di Felda Lasah hari ini.

Parlimen Teluk Intan akan menyaksikan persaingan tiga penjuru melibatkan calon BN selaku penyandang Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga presiden Gerakan, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang bertanding atas tiket PKR dan calon PAS Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.

Parlimen Sungai Siput pula membabitkan pertembungan empat penjuru antara calon PKR S Kesavan, Ishak Ibrahim (PAS), Datuk Seri S K Devamany (BN-MIC) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM) yang juga penyandang kerusi itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana