Tian Chua saman SPR…kes tolak pencalonan

Nak tau apa jadi pasal isu Naib Presiden PKR Tian Chua tidak boleh bertanding kerusi Parklimen Batu kenalah tunggu perbicaraan di mahkamah nanti.
 
Pada Isnin beliau telah fail saman terhadap Pegawai Pengurusan Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan itu yang tolak pencalonannya isu kena dednda di mahkamah RM2,000.
 
Saman pemula tersebut difailkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang selaku pihak pemohon melalui firma guaman, Tetuan Ngeow & Tan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.45 pagi. 
 
Tian Chua, 55, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Batu menamakan Pegawai Pengurusan Pilihan Raya, Anwar Mohd. Zain, 56, dan SPR sebagai responden pertama dan kedua.?
 
Beliau antaranya memohon perisytiharan, dia layak menjadi calon kerusi Parlimen dalam PRU-14 mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan dan di sisi undang-undang.?
 
Pihak pemohon juga memohon perisytiharan, dia berhak untuk bertanding dan diterima sebagai calon kerusi Parlimen. 
 
Berikutan penolakan pencalonan Tian Chua kerusi Perliman Batu menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon BN,PAS dan dua calon Bebas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana