Streram sengaja cipta kontroversi untuk sabotaj BN

Kontroversi yang ditimbulkan oleh calon PKR Dr S Streram di Dewan Undangan Negeri Rantau semasa hari penamaan calon Sabtu lepas, dilihat sebagai ingin mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kontroversi ini juga bagi memberi persepsi negatif kepada Suruhanjaya Pilihan Raya selain menunjukkan kepada dunia kononnya politik di Malaysia ini tidak adil.

Mohamad berkata pakatan pembangkang kini memainkan sentimen kemenangan beliau tanpa bertanding di DUN Rantau untuk mengelirukan pengundi di sana agar tidak perlu keluar mengundi pada 9 Mei ini.

"Saya seru supaya pengundi di Rantau, di lokaliti dan luar kawasan supaya balik undi kerana ada lagi calon parlimen, Khairy Jamaluddin yang mesti kita beri sokongan.

"Jangan terperangkap dengan kata-kata, Tok Mat (Mohamad) dah menang, jadi tak perlu balik untuk mengundi kerana kita masih ada tanggungjawab memilih ahli parlimen," katanya kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Masjid Baharu Gemas dan Penyerahan Surat Hak Milik Felcra Bukit Jelai, di sini hari ini.

Turut hadir calon BN Parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, calon BN Gemas Datuk Abdul Razak Ab Said dan Ketua Pegawai Operasi Felcra Zainal Abidin Shariff.

Ditanya mengenai kenyataan Streram yang ingin membawa isu ini ke mahkamah, Mohamad berkata ia terpulang kepada Pakatan Harapan.

"Terpulang pada mahkamah untuk memutuskan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana