Sambutan hambar ceramah Muhyiddin

SHAH ALAM: Sambutan hambar terhadap ceramah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jasin malam tadi menunjukkan kesukaran beliau untuk menarik perhatian orang ramai, kata seorang penganalisis politik.
 
Penganalisis politik dari UITM, Professor Madya Datuk Dr Ismail Sualman menyifatkan kekurangan sambutan ini adalah salah satu kelemahan Muhyiddin.
 
"Dia dikaburi dengan kekuatan yang dimiliki oleh kekuatan dan aura Tun (Dr) Mahathir (Mohamad). Kewujudan Muhyiddin sebagai Presiden PPBM dilihat kurang memberi impak kepada rakyat Malaysia khususnya."
 
Beliau juga berpendapat kehadiran rakyat ke sesuatu ceramah lebih kepada ingin mengetahui apa yang akan dijanjikan dan akan dilaksanakan sekiranya terpilih untuk mentadbir.
 
Hal ini demikian kerana rakyat akan lebih memilih parti yang dirasakan mampu melaksanakan segala janji yang dinyatakan semasa berkempen. 
 
"Manifesto kurang memberi impak kepada mana-mana parti politik."
 
"Dalam manifesto, orang lebih suka mendengar isu yang dibentangkan dalam manifesto."
 
"Perkara ini boleh diibaratkan seperti kaedah penawaran dan permintaan di mana jika tawaran yang dilaksanakan adalah bagus, permintaan akan lebih tinggi kerana ia realistik dan boleh dilaksanakan," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana