PPBM Pasir Gudang gesa Muhyiddin letak jawatan...Lagi Parah PPBM Ni

JOHOR BAHRU: PPBM Bahagian Pasir Gudang hari ini mendesak Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin parti itu meletak jawatan serta merta kerana didakwa tiada integriti.

Setiausaha Kerja PPBM Bahagian Pasir Gudang, Norzri Mokhtar berkata, selain Muhyiddin, pihaknya turut mendesak Setiausaha Agung PPBM merangkap Pengerusi PPBM negeri, Datuk Osman Sapian meletakkan jawatan dalam parti berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mempersoalkan pemilihan calon luar bertanding di sesebuah bahagian dan bukannya Ketua Bahagian itu sendiri

“Setahu kami seramai 19 Ketua Bahagian PPBM di negeri ini yang tidak tercalon termasuk Ketua Bahagian PPBM Pasir Gudang, Dr. Hashim Yusoff, katanya dipetik Utusan Online.

Sebenarnya ketua-ketua Bahagian inilah yang telah menggerakkan jentera parti sejak dari awal penubuhan PPBM. Tetapi Tan Sri pula demi kawan-kawannya.

“Oleh itu, saya dan rakan-rakan hari ini sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden. Kami minta Tan Sri, Setiausaha Agung merangkap Pengerusi PPBM negeri meletakkan jawatan serta merta. Perjuangan anda sudah tiada berintegriti lagi,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri kira-kira 30 ahli PPBM Bahagian Pasir Gudang di sini sebentar tadi.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment