PKR JAJA CERITA ‘KEKEJAMAN’ MAHATHIR TARIK SIMPATI PENGUNDI ALOR SETAR...SEMUA KENA KENCING BELAKA

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Azizah Wan Ismail mungkin lupa atau sengaja membawa kisah nostalgia 20 tahun lalu untuk mengheret penduduk Alor Setar agar bersimpati dengannya.

Kisah ‘kekejaman’ Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlaku pada era reformasi ‘diingati semula’ pada ceramah anjuran Pakatan Harapan Kuala Kedah dan Alor Setar semalam.

“Suami saya dipukul hampir setengah mati hingga lebam mata, walaupun saya merayu agar Anwar tidak diapa-apakan, ” cerita Wan Azizah dengan nada sedih di hadapan tidak sampai 200 orang penyokong parti gabungan PKR, DAP, PAN.

Namun, pemimpin yang menjatuhkan suaminya itulah yang kini diagung untuk diangkat semula menjadi Perdana Menteri oleh Wan Azizah.

Ramai percaya Wan Azizah tidak akan membangkitkan kisah sedih beliau itu jika Dr. Mahathir berada di sebelahnya pada ceramah itu.

Apa yang peliknya kata Wan Azizah, beliau sanggup melupakan kisah silam itu dan sedia memaafkan Dr. Mahathir yang akan bersama Pakatan Harapan bagi menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya umum ini.

Jika beliau mahu melupakan peristiwa itu kenapa perlu menceritakannya pada umum semasa kempen pilihan raya ini?

Rakyat tidak akan terpengaruh lagi dengan kisah sedihya itu kerana di hadapannya juga adalah penentang-penentang dan pembeci Dr. Mahathir dahulu.

Wan Azizah boleh ‘bersandiwara’ seperti mana Dr. Mahathir bersandiwara setiap minggu termasuk mendakwa pesawat beliau disabotaj semasa hendak ke Pulau Langkawi..

Cerita ‘mata lebam’ yang berlaku 20 tahun lalu tidak mampu menarik simpati para pengundi lagi.
Namun Wan Azizah boleh terus membawa cerita itu kerana Dr. Mahathir kini sudah berjaya ‘ditawannya’.

Mahathir yang dibencinya dahulu kini tiada pilihan lain dan terpaksa menggunakan ‘baju PKR’ walapun tidak disukai oleh sebilangan pejuang reformasi yang mempertahankan Anwar dahulu.

Mahathir juga tidak akan berkecil hati dengan Azizah yang membangkitkan kisah ‘mata lebam’ Anwar itu lagi kerana yang penting beliau akan kembali menjadi Perdana Menteri Ke-7 .

Dr. Mahathir akan menjadi ‘bos’ kepada Wan Azizah seperti mana suaminya dahulu jika Pakatan Harapan mengambil alih teraju Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana