Pengundi tolak politik maki hamun di Teluk Intan...Wajib TOLAK Calun DAP

Pengerusi DAP negeri yang juga calon pembangkang bagi parlimen Teluk Intan masih terus dengan sikap memaki hamun pemimpin kerajaan dalam ceramah anjuran pembangkang.

Tetapi tanpa beliau sedar perbuatan biadap begitu mengundang rasa tidak senang bukan saja kalangan orang-orang Melayu juga mereka yang berketurunan Cina yang mendengarnya.

Ini didedahkan bekas calon BN (Gerakan) bagi kerusi DUN Pasir Berdamar (1982 dan 1986),  Gan Looi Heng, 72 tahun, yang berpendapat rakyat Teluk Intan termasuk pengundi Cina menolak politik maki hamun  yang diamalkan dalam  Nga Kor Ming.

Katanya budaya politik maki hamun sudah tidak boleh diterima lagi oleh rakyat  termasuk masyarakat Cina kerana ia boleh menggugat  semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di kawasan parlimen itu.   

``Nga Kor Ming ni selalu keluarkan kata-kata kasar dan ramai rakyat Teluk Intan termasuk masyarakat Cina  yang berpendidikan tidak suka dengan budaya yang dibawa Kor Ming ini

``Bagi DAP ini, orang tu datang dari Taiping so dia tak pernah berkhidmat di sini so saya rasa kebanyakkan penduduk di Teluk Intan ini mereka berkenan (suka) dengan Datuk Mah Siew Keong.

``Mereka berkata oleh kerana dia (Mah) telah berusaha membawa pembangunan  untuk orang Teluk Intan mereka berniat supaya Datuk Mah boleh sambung kerja yang belum selesai itu.

``Saya pula memperoleh berita dari kawan-kawan…mereka kata anak-anak yang ada di Kuala Lumpur, mereka  minta balik supaya undi  Datuk Mah. . . itu saya rasa kalau ikut apa yang dicerita dalam pekan ni orang Melayu, India memang 80 peratus beri sokongan pada Datuk Mah.

``Orang Cina  saya ingat sekarang  boleh dikatakan pulang ke pangkuan BN lebih kurang  35 peratus . . . . itu sampai setakat inilah, saya harap  Mah bekerja kuat lagi supaya meningkatkan undi ,’’ kata Gan.

Sementara itu boleh dikatakan 35 peratus pengundi Cina yang dulu “lari” menyokong DAP kini dilihat berpatah balik menyokong calon Barisan Nasional.

Ketika ditemui penyandang kerusi DUN Changkat Jong, Datuk Azhar Jamaluddin berkata, masyarat khasnya mengundi Cina sudah mula kembali menyatakan sokongan mereka kepada BN pada pilihan raya kali ini.

Katanya, ini kerana mereka mahukan Datuk Mah kekal menjadi wakil rakyat mereka bagi meneruskan agenda pembangunan yang telah dijanjikan kerajaan BN kepada rakyat Teluk Intan.

``Ini kerana rekod kecemerlangan Datuk Mah telah berjaya dibuktikan dimana suara kaum Cina telah menyatakan kebimbangan mereka tentang kesan banjir selain keperluan sebuah universiti, peluang pekerjaan dan sebagainya,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana