Pengundi Hantu Propaganda Pembangkang!

Selain isu pengundi Bangladesh, pembangkang juga galak memainkan isu pengundi hantu sebab nak burukkan SPR kononnya pilihan raya di Malaysia ini langsung tak bersih. Mereka dakwa kerajaan peralat SPR untuk memberi kemenangan kepada BN.

Isu-isu ini akan dimainkan berulang-ulang kali setiap kali tibanya musim pilihan raya. Tapi, adakah mereka tampilkan dengan bukti? Tak ada! Dalam isu pengundi hantu misalnya, istilah itu sendiri sebenarnya hanya propaganda, dan pengundi hantu tak wujud pun!

Hakikatnya, terdapat segelintir pemilih berdaftar yang telah berpindah dan tidak lagi bermastautin di kawasan yang mana mereka telah mendaftar sebagai pemilih atau terdapat pemilih yang bertukar alamat bahagian pilihan raya. Sebab itu kadang-kadang ada penduduk yang tak mengenali mereka, sedangkan mereka ini adalah pemilih berdaftar yang sah dari segi undang-undang. Janganlah mudah percaya dengan dakwaan pembangkang. Mereka sebenarnya kehabisan modal sebab mereka tahu mereka akan kalah. Itu saja! 

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Apa itu GST?? Apa pula SST?Mari Baca Dulu.....

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia