PANAS…Dr Mahathir dihalang ziarah kubur Nik Aziz...Sebelum Ini Ke Kubur Fadil Noor..Raih Undi Kot

Ziarah kubur pada bila-bila masa pun adalah satu amalan biasa.Soalnya kenapa setelah bertahun-tahun lamanya…tiba-tiba dekat pilihanraya umum ke 14 baru teringat nak datang?

Pada Sabtu semalam pembesar utama pakatan pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad ziarah kubur Allahyarham Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor di Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena,Kedah.

Bekas Perdana Menteri itu diiringi oleh anak Allahyarham yakni Muhammad Faiz kini ahli Parti Amanah Negara (PAN) menjadi calon atas lambang PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),Permatang Pasir di Permatang Pauh.

Hadir sama Datuk Mahfuz Omar juga dari PAN yang bertanding atas lambang PKR di Parlimen Pokok Sena.

Kalangan ahli PAN yakni parti serpihan PAS dikatakan menyambut baik aksi Dr Mahathir itu.

Nama gara-gara lawatan itu tersebar dikalangan ahli tegar PAS yang mendakwa ziarah berkenaan lebih bermotifkan politik untuk pancing undi.

Ini lebih-lebih lagi bila Dr Mahathir tersilap cakap semasa ceramah di Lembah Pantai baru ini kata mereka yang terkorban dalam peristiwa Memali ‘mati katak’.

Sekalipun beliau telah memohon maaf secara terbuka namun tidak memadamkan rasa marah ahli PAS terhadapnya.

Pagi Ahad…Dr Mahathir mendapat tamparan hebat bila hasratnya untuk ziarah kubur bekas Musyridul AM PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka,Kota Bharu dihalang oleh keluarga Allahyarham.

Beliau berada di Kelantan dalam siri jelajah kempennya.

Beliau dijadual ziarah kubur Nik Aziz selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan orang ramai di Kok Lanas.

Nik Omar,anak kedua Nik Aziz yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Cempaka,yakni bekas kerusi arwah bapanya,atas lambang PKR sepatutnya mengiringi beliau ke situ

Berikutan insiden itu Dr Mahathir telah membatalkan kedatangannya.

Suasana agak gamat sikit seketika di tanah perkuburan itu bila pintu pagarnya dikunci.

Selain itu ada lori dengan bendera PAS diletak di depan pintu pagar itu bagi menghalang sesiapa masuk.

Anak ketiga Nik Aziz yakni Nik Adli berada di situ bersama beberapa penyokong PAS.

Nik Adli yang ditemui wartawan kata keluarganya sebenarnya tidak menghalang sesiapa pun datang menziarahi pusara arwah bapanya.

“Cuma kita lihat perkara ini ada kepentingan politik. Jadi kita nak elak berlaku pertembungan dalam keluarga kami.

“Kalau nak datang ziarah, datanglah selepas PRU-14,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment