MAHATHIR BERTERUSAN KECAM PAS...MADEY MUDAH LUPA

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad berterusan mengecam PAS dengan mendakwa parti itu menerima sogokan sejumlah wang daripada UMNO.

Beliau mendakwa PAS bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan untuk menang, tetapi hanya mahukan duit dan membantu Barisan Nasional (BN) terus menguasai tampuk pemerintahan negara.

“Bulan (PAS) pelik sungguh mengambang sepanjang masa, masuk PRU bukan nak menang tapi nak duit. Dia nak tarik orang yang benci kepada Najib untuk sokong PAS.

“Najib boleh menang dengan sokongan PAS kerana PAS dapat duit derma, tetapi itu bukan derma, ia sogokan. Kerja PAS tidak lain tidak bukan ialah mengacau.

“Hari ini (PRU14) PAS bertanding banyak bendera hijau putih, kalau di Terengganu banyak (bendera PAS) daripada bendera BN, mana dapat duit banyak sangat,” ucapnya pada ceramah pakatan pembangkang di Parlimen Titiwangsa, Selasa malam.

Bekas Perdana Menteri itu juga  merayu kepada orang ramai yang hadir supaya memaafkannya kerana melakukan kesilapan memilih Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

“Minta maaf kepada semua orang, saya yang naikkan Najib dan ini kesilapan terbesar dalam hidup saya. Saya nak perbaiki kesilapan ini, saya berusaha membetulkannya,” ujarnya yang juga bertanding di Parlimen Langkawi pada PRU14 ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana