M Daud Kilau pengsan lepas persembahan di Bagan Datuk

Penyanyi veteran Datuk Mohd Daud Kilau, 78, yang lebih popular dengan gelaran 'Raja Gelek Malaysia' telah pengsan dan dimasukkan ke Hospital Teluk Intan selepas mengadakan persembahan di Bagan Datuk Isnin lalu.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis Gerak Mesra & Jati Diri Jabatan Imigresen Malaysia bersama belia dan masyarakat Bagan Datuk di Waterfront Bagan Datuk.

Ahmad Zahid, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk buat penggal keenam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berkata, beliau telah menziarah penyanyi itu di wad hospital berkenan malam tadi.

"Tiga malam lalu beliau buat persembahan di sini (Waterfront Bagan Datuk) dan malam tadi saya sempat melawat beliau di hospital.

"Beliau pengsan selepas lakukan persembahan di sini dan didapati ada beberapa penyakit? kita doa dia sembuh," katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali serta penampilan khas jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei serta Datuk Shake atau nama sebenarnya Datuk Sheikh Abdullah Ahmad.

Selain itu, Ahmad Zahid turut berharap akan ada anak-anak Bagan Datuk yang mampu mengikut jejak Daud Kilau menjadi seorang daripada penyanyi tersohor negara dan membanggakan Bagan Datuk.

"M. Daud Kilau tersohor di peringkat nasional dan insya-Allah akan ada anak Bagan Datuk sehebat beliau dilahirkan bukan sahaja mengharumkan Bagan Datuk di peringkat nasional malah antarabangsa," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana