LUAHAN TERHADAP PRESIDEN PATRIOT YANG LUPA DARATAN

LUPA DARATAN.  Beranikah Presiden Patriot dan gerombolannya membandingkan jasa dan  keprihatinan Najib dgn Mahathir dlm semua aspek atau kerana hati yang busuk,  jiwa mereka sudah penuh nanah kebencian sehingga korupsi Mahathir terhadap pasukan keselamatan hampir kosong selama 22 tahun jadi PM mahu diselingungi?

Ketika Mahathir,  askar hanya jadi "kerjaya paling terbawah" mereka disisih dan terperdaya malah dianggap tidak punyai nilai kepada negara?

1. Rumah keluarga hanya dua bilik saja sedangkan Najib bina rumah macam banglo. Anak anak terpaksa tidor depan TV ruang  rumah? Itu belum kira jika keluarga kampong datang berkunjung dan menginap?

2. Pasukan Kerahan dan  Sukarela zaman Mahathir hanya ada elaun,  tak ada gaji,   pencen dan tak layak dapat pinjaman perumahan apa lagi beli kenderaan.  Najib ubah semua tidak ada kerahan dan sukarela semuanya anggota tetap dan  berpencen. Golongan inilah yang melalak tak berpencen sekarang tuntut pencen?

3. Veteran sudah ada kerjaya selepas pencen sedangkan Mahathir,  veteran ada yang menganggur dan menjadi peminta sedekah. Golongan inilah yang disingkir oleh Mahathir selama 22 tahun jadi PM. Peliknya Mahathir bersara anak jadi  kaya,  askar berhenti meminta minta?

4. Gaji anggota berpangkat prebet zaman Mahathir hanya RM285.00 sebulan sedangkan sekarang RM 1,900.00 tidak termasuk Cola dan imbuhan lain. Rakyat mungkin kata waktu Mahathir barang murah tetapi askar tak juga mampu beli motorsikal apatah lagi kereta atau rumah.

Kalau kata GST membebankan rakyat,  askar juga  tertekan tapi  kenapa di kem askar bersusun susun  kereta, belbagai jenama? Askar pun boleh beli rumah, tanah sekarang.

5. Zaman Mahathir hantar kontijen ke luar negara sertai misi PBB tetapi elaun cukup rendah. Tinggal keluarga setahun.  Askar wanita tak pernah beri peluang bertugas di luar negara.

6. Zaman Mahathir beli kapalterbang buruk tersadai di gurun Nevada. Beli 80 buah boleh guna tak sampai separuh.  Apa agenda Mahathir,  kayakan kroni atau mantapkan pertahanan negara.

7. Latihan bersama negara luar bertambah untuk tingkatkan kemahiran termasuk Negara China,  US dan Great Britain dll. Malah peluang belajar dan pertukaran meningkat.

8.   Keadaan kem zaman Mahathir lebih baik rumah kongsi. Masalah air,  tak berpagar tapi sekarang tengoklah projek Armycare. Kem Sedayan,  Sg Besi dll semuanya indah dan membahagiakan.  Mahathir lebih rela bina KLCC kerana akan julang namanya itupun utk beberapa tahun saja?

9. Zaman Mahathir, pangkat Pegawai ke Kolonel ke atas boleh kira dengan jari sebelah tapi kini bertambah dengan 600 peratus.  Pangkat 3 dan  4 bintang memang jarang jarang tapi sekarang berbelas orang dan gaji pun lumayan tinggi. Begitu pun anggota bawahan, pangkat Pegawai Waran hanya satu setiap pasukan infantri tapi sekarang sudah  ramai dan gaji pun sudah mencecah RM5000. dulu gaji mereka hanya RM1, 900 saja. Berapa agaknya pencen pada zaman Mahathir?

Anggota bawahan pun dah berpeluang melanjutkan pelajaran di menara gading,  dah ada pun yang berjaya sebaliknya golongan pegawai dah ramai yang bergelar DR falsafah... Masa Mahathir, hanya tangisan dan kepiluan,  anggota ditakok lama sebab tak dapat peluang selepas berhenti, tak ada skim melanjutkan pelajaran secara terbuka untuk semua..

Jadi Patriot tak usahlah mendadek dada,  melalak melolong kononnya zaman Mahathir cukup istimewa....? Masalah zaman Mahathirlah yang menyebabkan mereka bangkit menyuarakan kesusahan sekarang.

Tak perlulah bentang semua cumanya nak beritahu Patriot supaya jangan jadi "buta dan sasau ", elok selidik , jangan jadi bongkak dan  sombong hanya kerana berpangkat Pegawai. Jangan main hentam keromo sesuka sesedap rasa saja... Ingatlah tanggungjawab ketika berkhidmat tunjuk tauladan,  bercakap benar dan berfikiran waras.. baru anggota bawahan beri penghormatan TABIK!!!!, bukan kerana pangkat dan pingat berjela....?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana