LANCANG SEBAR FITNAH, TAKTIK MURAHAN RAFIZI

KUALA LUMPUR 1 Mei – Kelantangan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya menyamannya berkaitan isu penolakan kertas pencalonan calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram tidak lain tidak bukan hanyalah satu lagi ‘permainan’ politik beliau yang lapuk.

Bahkan, tindak-tanduk Rafizi yang mahu menggunakan mahkamah sebagai ‘jalan penyelesaian’ bagi sesuatu isu boleh dianggap sebagai langkah murahan bekas Ahli Parlimen Pandan itu kerana pada akhirnya nanti beliau akan ‘mengakui’ kesilapan dan meminta maaf.

Bermula dengan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa, Rafizi akan mencabar sesiapa yang difitnahnya untuk menyaman dan apabila kes berkenaan mungkin dibawa ke mahkamah, beliau akan menggunakan modal ‘simpati’ meminta maaf kepada individu yang menjadi mangsanya.

Hal ini berlaku dalam sekurang-kurangnya dua kes melibatkan Rafizi iaitu apabila beliau memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dengan mendakwa Abdul Rahman memberikan kontrak menguruskan Ekspo Negaraku kepada ‘abang’ menteri berkenaan.

Dakwaan tidak berasas juga dilakukan ketika Rafizi memohon maaf kerana ‘tersilap’ mengenal pasti seorang wanita dinamakan sebagai Florence Goh yang didakwanya terlibat dalam pelantikan firma pelobi untuk kerajaan.

Bagi bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong, fitnah yang dilemparkan Rafizi melibatkan Khairy dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana perkara sama sudah dilakukan beliau banyak kali sebelum ini.

Menurut Lum Yong, kegemaran suka memfitnah itu juga membuatkan Rafizi sendiri menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin sehingga menyebabkan masyarakat tidak lagi percaya dengan kata-katanya.

“Ini bukan pertama kali dia sebarkan fitnah dan apabila sudah ‘terkena’ saman, beliau tergopoh-gapah meminta maaf atau berkata perkara itu sebagai gurauan dan sebagainya.

“Saya menganggap apa sahaja isu yang keluar dari mulut Rafizi tidak boleh dipercayai dan hanyalah berbaur fitnah semata-mata,” katanya kepada Utusan Online.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana