Khalid dakwa pemimpin PKR arah salahguna wang kerajaan...Mai Dengar Cerita Sebenarnya

Ini kali pertama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sebab sebenar beliau dipecat dipecat daripada PKR sehingga hilang jawatan Menteri Besar Selangor.

Dalam program membantu kempen PAS di Selat Klang Khamis malam, Khalid berkata kejadian pada 2014 itu berpunca kerana keengganannya menggunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan parti.

Abdul Khalid mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu beliau menggunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan program dan kempen PKR.

"Saya dipecat daripada PKR kerana Anwar mahu pakai duit kerajaan negeri untuk menjalankan program parti. Saya tidak benarkannya kerana alasan yang mudah, kerana wang kerajaan negeri adalah duit rakyat, dipetik BH Online.

"Tetapi mereka marah dan mempersoalkan bagaimana PKR akan menang (dalam Pilihan Raya Kecil Kajang) tanpa menggunakan wang dari rizab kerajaan negeri.

"Apabila saya enggan berbuat demikian, saya dipecat daripada parti. Tetapi saya lega kerana saya tidak lagi perlu memikul kepercayaan rakyat dan juga tidak mengkhianati kepercayaan mereka kepada saya sepanjang menjadi Menteri Besar.

"Hari ini, saya masih turun padang dan bertemu rakyat Selangor. Saya tidak ambil duit mereka dan mereka tidak ambil duit saya. Jadi kita berhubung baik," katanya berseloroh.

Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap pada Program "Teh Tarik Untuk Selat Klang: Anda Tanya Kami Jawab Siri 6.0" anjuran PAS di Kampung Sungai Sireh Tambahan di sini, malam tadi.

Turut hadir, bekas Setiausaha Politik kepada Khalid, Faekah Husin, calon Parlimen Kapar Dr Abdul Rani Osman dan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Pada 2014, Abdul Khalid, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd dikatakan tidak bersetuju dengan keputusan untuk melantik Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau juga gagal memberikan jawapan memuaskan membabitkan isu pinjamannya dengan Bank Islam, Lebuhraya Kinrara-Damansara dan penstrukturan semula industri air Selangor.

Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong, dilaporkan berkata, keputusan memecat Abdul Khalid dibuat secara sebulat suara selepas ia dipertimbangkan.

Sementara itu, Faekah, yang meninggalkan PKR selepas insiden itu, berkata, PKR mencetak dokumen 91 muka surat menyatakan alasan bahawa Abdul Khalid menyalahgunakan kuasanya dan tidak layak menjadi Menteri Besar.

"Bila ditanya mengenainya, Tan Sri (Abdul Khalid) menjawab 'ia kerana saya lokek dengan duit rakyat'," katanya.

Beliau berkata, Abdul Khalid mahu membayar RM250 juta untuk mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH), tetapi pemegang konsesi mahu lebih dan Anwar mahu membayar RM2.7 bilion.

Faekah juga berkongsi layanan PKR yang disifatkan sebagai kejam dan Abdul Khalid tidak diberikan peluang untuk memberi penjelasan.

"Saya hantar surat kepada panel disiplin untuk memaklumkan Tan Sri menghadap Sultan Selangor pada hari beliau dipanggil menghadap panel itu.

"Saya masih belum menerima sebarang balasan kepada surat itu sehingga hari ini.

"Saya menentang UMNO kerana cara Tun Dr Mahathir Mohamad melayan Anwar. Beliau pecat Anwar kerana takutkan saingan.

"Kemudian Anwar memecat Abdul Khalid kerana beliau mahukan seorang Menteri Besar yang mengikut rentaknya. Jadi, anda semua masih mahu mengundi PKR? Saya sudah hilang kepercayaan kepada PKR," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana