KERJA NAK MENIPU!!!!! DAIM TIPU PENDUDUK KAMPUNG, MENGAKU TIADA KESUSAHAN PADA ZAMAN MAHATHIR

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kini turut menyerang peribadi Datuk Seri Najib dan isteri beliau dengan tuduhan liar bagi mengangkat semula Tun Dr. Mahathir Mohamad, 93 sebagai Perdana Menteri.

Selepas membantu Mahathir yang bertanding di Langkawi, Daim semalam memilih daerah Pendang untuk berkempen bagi memesongkan fikiran rakyat luar bandar kononnya masa depan anak cucu mereka akan gelap mereka jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah.

Kenaikan harga barang ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) antara isu yang
dimainkan oleh tokoh perniagaan yang menjadi kroni Dr. Mahathir itu.
.
“Rakyat sekarang lebih ‘menderita’ berbanding era pemerintahan Dr. Mahathir, ” dakwa Daim ketika berucap pada Program Sembang Santai di hadapan lebih 50 orang ketua pusat daerah dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pendang semalam.

Antara sebab itu dakwa Daim, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun Mahathir mahu kembali memimpin untuk ‘ menyelamatkan rakyat dan negara’ walaupun beliau sudah berusaia 93 tahun

Beliau ‘menakut-menakutkan rakyat’ termasuk pesawah dan penoreh tentang masa depan anak cucu mereka kononnya akan lebih susah jika rakyat tidak memberi peluang kepada pakatan pembangkang memerintah.

Daim yang sebelum ini yakin dengan kepimpinan Najib semasa PRU13 lalu kerana beliau melaksanakan tugasnya dengan begitu baik.

Jika pada PRU13 Daim menggesa pengundi memberi mandat kepada BN dan menyatakan Najib lebih layak untuk meneruskan jawatan sebagai Perdana Menteri, namun kini Daim berubah ‘100 darjah’ apabila Mahathir ingin kembali berkuasa.

Mengenai dakwaan kononnya GST memiskinkan rakyat, Daim mungkin lupa bahawa cadangan pelaksanaan GST di negara ini bermula sejak zaman pemerintahan Dr. Mahathir di mana beliau menjadi Menteri Kewangan sejak 1984 hingga 1991 dan dilantik semula pada 1999 sebelum jawatan itu diambil diambil alih oleh Datuk Seri Anwar.
.
Kerajaan sejak dahulu menyedari kepentingan mentransformasikan sistem percukaian negara ini dengan memperkenalkan GST, cuma mengambil ia sedikit masa untuk ia dilaksanakan yang akhirnya bermula pada 2015.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T. Subromaniam baru-baru ini mendedahkan cadangan dan ucapan Daim dan Anwar mengenai cadangan pelaksanaan sistem percukaian baharui (yang turut dilaksanakan di banyak negara lain) boleh diperolehi di laman web rasmi JKDM.

“Sejak 1980-an lagi sudah ada cadangan untuk GST ini dilaksanakan. Waktu itu siapa Perdana Menteri kalau bukan Dr. Mahathir? kata Ketua Pengarah Kastam itu dalam sidang akhbar baru-baru ini.

Namun di depan rakyat terutama penduduk kampung di Pendang, Daim menyatakan beliau tidak berapa tahu tentang GST, sebaliknya menterjemahkan GST sebagai ‘Gula, Susu dan Tepung’ bagi mengajak mereka menolak kerajaan.

Dalam pada itu Daim juga membohongi rakyat kononnya tiada pembabangunan selepas Dr. Mahathir bersara sedang banyak projek termasuk sistem pengangkutan awam yang moden, perumahan rakyat miskin dan pelbagai program untuk anak muda dilaksanakan.

Bagi Daim bantuan langsung yang diberikan kepada rakyat yang tidak diperdulikan oleh Dr. Mahathir dan beliau dahulu, hanya untuk kesenangan jangka pendek sedangkan sejak bayi dilahirkan bantuan telah pun diberikan seperti pelaburan Amanah Saham Anak Malaysia selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Namun begitu Daim mahu rakyat dan orang Melayu terus bersatu dan mendidik anak mereka agar berjaya dalam pendidikan.

Beliau juga memberitahu pesawah bahawa mereka tidak akan menjadi kaya raya jika tidak berubah dan terus mengerjakan sawah.

Dalam pada itu, Daim cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa pendapatan rakyat sekarang tidak bertambah berbanding zaman Mahathir.

“Tidak ada yang susah di zaman Mahathir,” hujah Daim sambil bertanyakan hadirin apakah barang yang tidak naik pada masa ini walaupun kenaikan kos dan harga barang turut meningkat tinggi di negara-negara lain.

Daim boleh mengerlirukan rakyat di kampung-kampung tetapi beliau tidak boleh menafikan fakta sebenar tentang pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat semasa termasuk kenaikan upah kakitangan awam dan golongan pesara.

Beliau juga mungkin tidak sedar ramai anak kampung di zaman pentadbiran Najib juga telah berjaya melangkah ke pusat pengajian tinggi disamping mendapat pelbagai bantuan yang tidak diperolehi di zaman pemerintah Dr. Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana