Hapus GST: Agenda rakyat atau tauke-tauke...?

Agenda menghapuskan GST adalah agenda golongan borjuis - peniaga, kelas menengah atas dan elit. Mereka paling banyak bayar GST dan paling kurang menggunakan kemudahan prasarana kerajaan seperti hospital dan sekolah.

Mereka hantar anak-anak ke sekolah swasta dan menggunakan hospital swasta. Mereka ini perasan serba pandai, hebat dan memandang rendah kepada pemimpin negara. Mereka lupa kerajaanlah yang mewujudkan peluang ekonomi dan perniagaan sehingga membolehkan mereka jadi kaya.

Sebelum ini mereka selalu mengelak cukai pendapatan dan cukai perniagaan melalui pelbagai cara dan taktik, yang dibenarkan dan yang melalui “jalan belakang”.

Melalui pengenalan GST yang merupakan sistem percukaian berasaskan perbelanjaan, golongan borjuis  yang berbelanja lebih dan membeli barang mewah akan membayar cukai yang lebih tinggi.

Orang seperti Tun Mahathir, Daim Zainuddin, Mukhriz Mahathir, Wan Azizah, Lim Guan Eng dan Shapie Apdal nampak berbelanja melebihi pendapatan yang diisytiharkan. Cuba tanya berapa cukai pendapatan mereka isytiharkan setiap tahun.

Ada juga syarikat yang membayar gaji kepada seluruh ahli keluarga mereka bagi mengelak cukai pendapatan dalam kelompok (bracket) tinggi.

Apabila GST diperkenalkan mereka tiada dapat elak membayar cukai. Jika beli baju sehelai RM1,000 maka mereka harus bayar cukai sebanyak RM60.

Inilah punca mengapa mereka marah dan mahu menghapuskan GST.

Syarikat-syarikat mereka juga tidak lagi boleh menipu seperti mana dalam sistem Cukai Jualan. 
Pendapatan syarikat juga sukar lagi disembunyikan berikutan jualan mereka direkod dalam sistem GST.

Sebaliknya,  kumpulan berpendapatan rendah membayar cukai  yang minimum kerana kebanyakan barang keperluan asas seperti beras, ikan, sayur, gas memasak, buah-buahan, petrol RON95 dan ubat-ubatan dikecualikan GST.

Dalam masa yang sama kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana ini menerima pelbagai bantuan dan inisiatif kerajaan seperti subsidi pendidikan anak-anak, subsidi kesihatan dan perubatan, bantuan pekebun kecil, bantuan usahawan kecil, biasiswa dan latihan meningkatkan kemahiran, subsidi perumahan, bantuan Kebajikan Masyarakat,  Bantuan Rakyat 1Malaysia dan lain-lain.

Maka kita lihat golongan borjuis ini mula menghasut rakyat bahawa GST punca kesusahan hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Mereka memadamkan semua kebaikan yang diwujudkan kerajaan hasil kutipan GST. Mereka  hanya menceritakan bahawa GST punca barang naik dan hidup rakyat menjadi sengsara.

Cuba lihat nama Mahathir. Pernahkah beliau bersimpati dengan orang miskin semasa menjadi Perdana Menteri.

Beliau menolak gaji minumum, beliau mengenakan yuran sekolah, yuran peperiksaan SPM, Skim Pinjaman Buku Teks yang terhad dan jumlah bantuan kepada rakyat tidak sebanyak hari ini. Beliau juga memperkenalkan pinjaman PTPTN dengan caj 4%.

Jadi agenda hapuskan GST bukan kerana simpati kepada rakyat berpendapatan rendah tapi untuk mereka dan keluarga mereka mengelak cukai.

Jangan percaya hasutan kumpulan ini. Zaman Mahathir pun harga barang sentiasa naik.

Apabila dihapuskan GST pun harga barang tidak akan turun. Mahathir telah nyatakan akan memperkenalkan cukai lain.

Namun faedah dan bantuan kepada rakyat akan berkurangan. Mahathir sudah menyatakan mereka akan memperkenal sistem BR1M baru bagi mengurangkan jumlah penerima.

Hakikatnyan Undi PKR sekadar mengulangi cerita zaman Mahathir yang penuh ketirisan dan penswastaan yang membebankan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana