GAJI RM4K TAPI BAYAR GST LEBIH BANYAK DARIPADA CUKAI PENDAPATAN? BACA INI SEBELUM ‘TERMAKAN’ FITNAH

Mekanisme Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia adalah bersifat progresif yang mana golongan berpendapatan rendah menerima lebih banyak faedah bantuan kerajaan hasil kutipan GST berbanding mereka yang berpendapatan tinggi, namun maklumat tidak tepat mengenai pelaksanaan sistem cukai tersebut sering disebarkan, terutamanya di media sosial.

Terbaharu, tular di aplikasi WhatsApp dakwaan kononnya rakyat Malaysia yang bergaji RM4,000 sebulan perlu membayar GST sebanyak RM2,880 setahun, yang mana jumlah tersebut adalah bersamaan dengan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh mereka yang mempunyai jumlah pendapatan kasar tahunan sebanyak RM91,500.

Mesej tersebut menganggarkan bagaimana individu yang jumlah pendapatan tahunan RM48,000 terbeban kerana perlu menghabiskan RM2,880 setahun daripada gaji bulanan mereka untuk membayar GST – meliputi bil utiliti, barangan runcit, makanan dan perbelanjaan lain.

Pihak berkenaan turut menggesa agar mesej itu disebarkan kepada pengundi-pengundi yang tidak memahami mengenai pelaksanaan sistem cukai tersebut, kononnya mendakwa orang ramai telah ‘ditipu’ mengenainya.

Seorang pengguna Facebook Ab Jalil Backer bagaimanapun menangkis dakwaan berkenaan dengan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai pelaksanaan GST yang sebenarnya tidak membebankan golongan yang berpendapatan RM4,000 – menyatakan setiap individu mempunyai pilihan untuk mengelak daripada membayar lebih banyak GST dalam setiap perbelanjaan mereka.

“Pertama, kita ada pilihan hendak bayar GST atau tidak. Jika GST membebankan anda, pilih tempat dan kedai yang tidak kena GST seperti pasar malam, kedai runcit kecil, kedai makan tepi jalan dan mengurangkan pembelian barangan yang kena GST. Pilihan di tangan kita.

“Kedua, kita ada pilihan mengutamakan barangan yang tidak kena GST. Terdapat lebih 570 jenis barangan keperluan asas yang dikecualikan GST,” demikian jelasnya.

Beliau juga menepis dakwaan bahawa GST membebankan golongan berpendapatan rendah, kerana melalui pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kerajaan telah menyalurkan semula manfaat tersebut kepada rakyat hasil daripada kutipan cukai tersebut, yang mana pada tahun lalu kerajaan memungut sebanyak lebih RM42 bilion daripada GST.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hasil pendapatan akan berkurangan dan negara akan berada dalam keadaan defisit tanpa kutipan GST, selain negara tidak mampu mengutip RM45 bilion setahun dan kemudian dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan pendidikan, bantuan kepada pekebun kecil dan nelayan serta BR1M.

Selain itu, katanya tuduhan bahawa harga barangan menjadi mahal kerana GST juga tidak tepat kerana isu kenaikan harga berlaku sejak sebelum pelaksanaan cukai tersebut lagi.

“Ini kerana sebelum GST diperkenalkan kita sudah bertahun dan berdekad membincangkan masalah kenaikan harga. Tiga tahun selepas pengenalan GST, harga barang masih naik walaupun kadar GST tidak berubah.

“Harga barang akan terus naik tanpa GST atau dengan GST. Ia hanya boleh stabil jika rakyat menggunakan kuasa pengguna memboikot dan berbelanja secara berhemat,” katanya.

“Kenapa kita tidak marah peniaga ambil untung 40% tetapi benci kerajaan yang ambil 6% untuk pembangunan negara dan kesejahteraan kita?.”

Ab Jalil Backer turut menyentuh mengenai persepsi segelintir rakyat yang tidak sedar bahawa sistem percukaian sudah lama dilaksanakan di negara ini, yang mana rakyat telah dikenakan caj antara 5 hingga 10 peratus melalui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ia diganti dengan GST yang hanya sebanyak 6 peratus.

Malah katanya, faktor penambahan bilangan penduduk telah memberi kesan kepada peningkatan kos perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh kerajaan meliputi aspek perubatan, pendidikan dan keselamatan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.

“Tidak pernah dalam sejarah negara memberi peruntukan RM27 bilion untuk sektor kesihatan. Namun itulah yang kerajaan lakukan hari ini untuk kesejahteraan rakyat.

“Tidak dinafikan bahawa sedikit sebanyak kita kena bayar GST walau macam mana kita cuba mengelak kerana ini konsep sama-sama menyumbang untuk negara.

“Saya tahu ramai yang berpendapatan RM4,000 sebulan mengambil skim insurans kesihatan antara RM100-RM200 sebulan. Anda bayar RM1200 setahun kepada syarikat insurans yang hanya melindungi anda kepada 36 penyakit kritikal. Berlumba-lumba anda masuk insurans,” katanya.

Bagaimanapun katanya, rakyat lebih cepat melenting apabila mereka perlu membayar jumlah tersebut dalam bentuk GST, sedangkan pada akhirnya kerajaan akan menyalurkan semua manfaat itu semula kepada rakyat seperti menampung sekitar RM8,900 setahun untuk setiap pelajar, perkhidmatan perubatan yang tidak dilindungi oleh pihak insurans serta perkhidmatan anggota keselamatan secara percuma, pada bila-bila masa kecemasan.

“Salahkah kita sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan keluarga kita dan rakan warganegara lain?

“Apakah salah untuk kita menyumbang sedikit untuk pembangunan negara, subsidi kesihatan, subsidi pendidikan dan kawalan keselamatan negara?.

“Ini negara kita, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana