FAEKAH HUSIN: JANGAN BERI UNDI KEPADA PKR, MEREKA PEROMPAK WANG RAKYAT SEBENAR

KLANG – Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin membuat pendedahan bahawa Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor selepas Abdul Khalid dipecat daripada jawatan Menteri Besar empat tahun lalu.

Menurutnya, namun begitu rancangan Anwar itu tidak menjadi kenyataan selepas dia disabitkan kesalahan meliwat dan dikenakan hukuman penjara lima tahun bermula 11 Mei 2015 lalu.
“Anwar memecat Abdul Khalid sebab beliau mahu jadi Menteri Besar, lagi teruk akhirnya dia gagal juga capai impiannya itu kerana dia merancang dan Allah juga merancang.

“Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan, apa yang saya nampak kezaliman yang dibuat Anwar terhadap Abdul Khalid lebih teruk daripada kezaliman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan terhadap beliau (Anwar) ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri,” dakwanya.

Beliau mendedahkan perkara itu kepada umum semasa program Teh Tarik untuk Selat Klang “Anda tanya kami jawab” di Dataran Balai Raya Kampung Sungai Sireh Tambahan, Selat Klang, di sini tadi.
Hadir sama, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, calon Pas Parlimen Kapar, Dr Abdul Rani Osman dan calon Pas Dun Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Pada masa sama, Faekah mendakwa, tindakan Abdul Khalid mempertahankan duit rakyat Selangor menyebabkan dia dipecat oleh kepimpinan PKR.

“Abdul Khalid ketika itu mahu menyerahkan RM250 juta kepada syarikat konsesi air.
“Namun Anwar meminta Abdul Khalid membuat bayaran yang lebih yang mana pada masa itu syarikat konsesi berkenaan mahukan bayaran RM2,000 juta dibuat kepada mereka, kegagalan Abdul Khalid itu menyebabkan beliau dipecat serta merta,” dakwanya.

Berikutan itu, beliau menyifatkan Kerajaan Pakatan Harapan begitu zalim hingga gagal memberi peluang kepada Abdul Khalid untuk membela diri.“Pada 9 Ogos 2014, Abdul Khalid terus dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR tanpa kehadiran beliau sendiri, walhal pada ketika itu Abdul Khalid berada dalam program rasmi bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sebagai Setiausaha kepada Abdul Khalid, saya sudah tulis surat kepada kepimpinan PKR memaklumkan ketidakhadiran Abdul Khalid pada hari berkenaan dan meminta penetapan dibuat pada tarikh lain.

“Bagaimanapun pada tarikh itu juga Jawatankuasa terus bermesyuarat dan tarikh yang sama juga Abdul Khalid dipecat,” katanya.Tegasnya, pihaknya turut kecewa apabila sehingga ke hari ini surat yang dihantar kepada kepimpinan PKR itu tidak dibalas.

Terdahulu pada 9 Ogos 2014, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu serta merta.Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana