BN DIJANGKA KEKALKAN PEMERINTAHAN

KUALA LUMPUR: Firma kaji selidik bebas, Merdeka Center meramalkan sebarang perubahan sokongan Melayu kepada pembangkang tidak cukup untuk Pakatan Harapan (PH) merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, BN bukan sahaja akan kekal di Putrajaya, ia juga berpotensi “memenangi beberapa kerusi lagi”.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian mengakui peralihan sokongan Melayu daripada BN memanfaatkan pembangkang di kawasan seperti Selangor, di mana mereka sudah mendapat undi mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Tetapi, katanya, walaupun berlaku perubahan sokongan di Johor dan Kedah, ia belum mencapai tahap untuk menukar kerajaan negeri.

“Di negeri lain, perubahan itu wujud tetapi disebabkan undi pembangkang akan berpecah, ia mungkin tidak cukup untuk mengubah keputusan nanti,” katanya selepas forum bertajuk “Malaysia GE14 Outlook: Perspectives and Outcomes” malam tadi.

Beliau berkata, PH mungkin mampu mengekalkan kemenangan di Pulau Pinang.

Penilaian tersebut diumumkan sebulan selepas badan pemikir, Ilham Centre berkata walaupun rasa tidak puas hati di kalangan pengundi yang menyokong PAS dan Umno semakin meningkat, namun ia tidak cukup untuk PH membentuk kerajaan persekutuan.

Pembangkang bergantung kepada “tsunami Melayu” untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, satu-satunya negeri PH berpotensi mengalahkan BN dengan majoriti 2/3 ialah Sabah.

“PH dan Warisan mungkin boleh membuat beberapa kejutan, tetapi kami tidak rasa ia cukup untuk mengalahkan BN,” katanya merujuk Parti Warisan Sabah yang diketuai bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Katanya, kontroversi 1MDB, kenaikan kos sara hidup serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST), memainkan peranan dalam mengubah sokongan rakyat terhadap BN.

“Tetapi persempadanan semula kawasan pilihan raya dan keputusan PAS tidak menyertai Pakatan Harapan dan menjadi blok ke-3 meningkatkan peluang BN, walaupun kita mungkin menyaksikan undi popular lebih rendah (untuk BN),” katanya.

Mengenai komen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengharapkan keputusan lebih baik pada PRU14, Ibrahim berkata, berdasarkan data yang dikumpul daripada pengundi, BN boleh mengulangi prestasi pada PRU13.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa negeri di mana pembangkang menunjukkan potensi mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana