Wan Azizah Mahu Tanam Karier Azmin Di Gombak

PERGESERAN atau persengketaan antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah diketahui umum walaupun beliau cuba menafikannya. Dan yang sadisnya Wan Azizah dikatakan mahu tanam karier Azmin di Gombak.

Azmin kekal bertanding sebagai calon kerusi Parlimen Gombak dan Dewan UndanWagan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pada PRU13 Azmin menang atas jasa penyokong PAS namun kini memandangkan PAS bukan lagi rakan sekutu mereka maka Azmin dijangka bakal kalah teruk di kerusi tersebut.

PKR akan bertanding 10 kerusi Parlimen dan 21 DUN di Selangor pada PRU-14.

Pada PRU-13 lalu, Azmin mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dengan memperoleh 54,287 undi menewaskan calon BN dan Bebas. Beliau mendapat 4,734 undi majoriti dengan calon BN, Datuk Dr Rahman Ismail memperoleh 50,093 undi dan Datuk Paduka Said Nazar (Bebas) mendapat 474 undi.

Jika ditolak undi penyokong PAS bermakna Azmin akan kalah teruk dan kerusi tersebut akan menjadi milik Barisan Nasional. Inilah natijahnya apabila Azmin cari pasal dengan presiden parti merangkap isteri De Facto PKR. Beliau terpaksa membayar harga yang mahal atas tindakan melulu beliau sebelum ini.

PAN mempertaruhkan lima calon Parlimen termasuk Presidennya, Mohamad Sabu dan 10 calon DUN manakala DAP (empat Parlimen, 16 DUN) dan PPBM (tiga Parlimen, sembilan DUN).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana