TUN M TIDAK LAYAK JADI PM LAGI – BEKAS SETIAUSAHA PPBM

ALOR SETAR – Menurut bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri ‘boneka’ jika pembangkang mengambil alih kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya percaya Dr Mahathir tidak layak untuk menjadi perdana menteri lagi kerana dia terlalu tua, lemah, dan mudah dimanipulasi oleh DAP. Dia kadang-kadang tidak dapat mengingati nama penuh PPBM sendiri,” katanya memetik BH Online.

Bahkan katanya, apa yang dilihat sekarang PPBM kini hanya ejen DAP untuk menghancurkan orang Melayu.Sementara itu, dalam satu surat terbuka kepada pengerusi PPBM itu semalam, Kamarul juga mendakwa parti itu kini sedang berhadapan dengan isu dana politik asing.

“Mereka (PPBM) sentiasa mengutuk UMNO terutama presidennya Datuk Seri Najib Razak kerana menerima dana politik asing, tetapi mereka juga melakukan perkara yang sama.“Saya masih berada di dalam PPBM semasa parti itu mencari dana politik asing pada awal penubuhannya.

“Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput saya ke rumahnya dan berkata beliau akan pergi ke Hong Kong untuk berjumpa jutawan di sana untuk mencari dana politik.“Saya kemudian bertanya kepadanya mengenai dana berkenaan tetapi dia enggan berbincang mengenai perkara itu di dalam mesyuarat parti,” ujarnya.

Tambahnya, Tun Mahathir menggunakan PPBM untuk membina kekuatan politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.“Dia (Mukhriz) diberi begitu banyak kebebasan untuk memilih kawannya sendiri untuk menjadi (pimpinan) tertinggi parti.

“Saya percaya dia tidak mempunyai keupayaan untuk mengetuai dan dia bukan pemimpin Melayu yang kita cari,” katanya.Beliau juga mendakwa bahawa kronisme di dalam PPBM semakin ‘tebal’ dan parti itu cenderung mengawal mereka yang mempunyai potensi besar untuk menjadi pemimpin yang baik.

– Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana