Selangor negeri gagal 10 tahun diperintah Pakatan

Kerajaan Negeri Selangor memegang saham yang besar dalam syarikat air SPLASH dan SYABAS. Mereka mempunyai kuasa dan pengaruh ke atas kedua-dua syarikat ini.

Apabila SPLASH menyaman SYABAS sebanyak RM4.2 billion baru-baru ini, SYABAS berkemungkinan besar akan bankrap.

SYABAS adalah syarikat infrastruktur keperluan asas air utama di Selangor. Jika ianya bankrap atau ditutup, berjuta-juta rakyat di Lembah Kelang akan menghadapi masalah air yang lebih kerap dan berlanjutan. Ini akan menjadi masalah yang amat besar kepada keseluruhan ekonomi, kesihatan dan keselamatan awam.

Oleh sebab di atas, Kerajaan Negeri Selangor dan YAB Menteri Besar Selangor tentunya tahu bahawa SYABAS tidak boleh dan tidak akan dibenarkan bankrap atau ditutup.

Oleh yang demikian, mereka juga tentunya tahu bahawa sekiranya SPLASH menang saman mereka ke atas SYABAS, ini akan “memaksa” Kerajaan Pakatan Selangor untuk mengambil kesempatan bagi kononnya “menyelamatkan” atau bail out SYABAS untuk membayar syarikat kroni mereka iaitu SPLASH sebanyak RM4.2 billion.

Tindakan ini akan menipiskan atau mengosongkan simpanan rizab perbendaharaan negeri dan menjejaskan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor.

Jika ini berlaku, berbillion duit rakyat Selangor akan berjaya dipindahkan daripada perbendaharaan negeri kepada syarikat kroni oleh Kerajaan Pakatan. Kroni Pakatan akan menjadi lebih kenyang lagi namun Kerajaan Negeri Selangor akan bankrap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana