Saya pasti Muhyiddin calon MB Johor- Aziz Kaprawi

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi menggangap Pakatan Harapan (PH) mempunyai percaturan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor jika gabungan pembangkang menawan negeri itu.l

Ia berikutan pencalonan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di Parlimen Pagoh dan DUN Gambir yang diumumkan pada Khamis lalu oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU14).

Pada masa sama, penyandang kerusi Parlimen Sri Gading itu melihat ia bakal memberi persepsi negatif kepada rakyat kerana mendakwa Muhyiddin mempunyai rekod buruk ketika menjadi ketua negeri.

“Memang saya pasti beliau sedang disiapkan untuk menjadi Menteri Besar Johor.

“Disebabkan tiada pemimpin muda yang boleh diketengahkan untuk menjadi pemimpin, akhirnya mereka terpaksa kitar calon yang lama,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Pengerusi BN pernah menjadi Menteri Besar Johor bermula 1986 hingga 1995 sebelum berpindah ke kerusi parlimen Pagoh.

Sepanjang menjadi ketua negeri, pelbagai kontroversi timbul seperti dakwaan penjualan tanah kepada Singapura hingga kepada penukaran cuti hujung minggu di Johor daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

Bagaimanapun Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti minggu negeri kembali kepada asal bermula 2013.

Tambah Aziz lagi, kepimpinan Muhyiddin pastinya tidak mampu menandingi  keupayaan Datuk Seri Khaled Nordin yang memegang jawatan Menteri Besar sebelum parlimen dibubarkan.

“Khaled yang hanya baharu sepenggal dilihat banyak memberi pendekatan kepada golongan muda.

“Ini sangat berbeza dengan kepimpinan Muhyiddin suatu ketika dahulu,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana