PENCABAR AZMIN DI GOMBAK AMAT MENGEJUTKAN

Pemilihan Datuk Abdul Rahim Pandak Kamaruddin bagi menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dilihat banyak pihak sebagai mengejutkan.

Ini kerana ramai menjangkakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin akan dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) Selangor di kerusi itu bagi memberi saingan sengit kepada Mohamed Azmin.

Bagaimanapun, BN Selangor memutuskan Abdul Rahim yang juga Ketua Bahagian UMNO Gombak bertanding di Parlimen, manakala Megat Zulkarnain diletakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Abdul Rahim bertanding di DUN Hulu Kelang tetapi tewas kepada calon Pas ketika itu, Shaari Sungib dengan 2,881 majoriti undi. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana