Nawawi vs Mahathir di Langkawi...Insyallah Menang Kepada Barisan Nasional...Jangan Plak Kalah Nanti Dengan Pelbagai Alasan

Kerusi panas yang baka menjadi tumpuan seluruh negara sudah tentulah Langkawi dimana penyandang Datuk Nawawi Ahmad dicalonkan semula untuk mempertahankan bumi Mansuri itu daripada dirampas calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Mahathir Mohamad.

Pada PRU13, Nawawi memenagi kerusi Langkawi dengan majoriti 11,861 undi, BN memperolehi 21,407 undi berbanding Datuk Ahmad Abdullah PKR 9,546 dan calon bebas Marina Hussein 180 undi.

Dua DUN di bawah Parlimen Langkawi iaitu Ayer Hangat dan Kuah juga kekal ditandingi oleh penyandang iaitu Mohd Rawi Abd Hamid yang sebelum ini menang menewaskan calon PAS dengan majoriti 5,311 dan penyandang DUN Kuah Nor Saidi Nanyan menang menewaskan calon PKR dengan majoriti 6,254 undi.

Nawawi merupakan ADUN Kuah sejak 2004 sebelum bertanding di Parlimen.

Mahathir sebelum bersara merupakan Ahli Parlimen Kubang Pasu yang mana akan dipertahankan oleh Datuk Seri Johari Baharom.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dtadi mengumumkan senarai calon untuk bertanding di negeri itu di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon.

Daripada 51 kerusi iaitu 15 Parlimen dan 36 DUN Kedah, BN Kedah mengekalkan  27 penyandangnya yang berkaliber, berpengalaman dan terbukti mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan mereka kepada rakyat sebelum ini.

Barisan calon BN Kedah itu juga dilengkapkan dengan calon yang melakukan penampilan semula serta muka baharu yang mempunyai wibawa tersendiri malah paling penting sedia berkhidmat di kawasan masing-masing andai mendapat mandat rakyat.

Calon yang terdiri daripada penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing termasuk Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar bagi kerusi DUN Suka Menanti (dahulu Bakar Bata), Datuk Othman Aziz (Parlimen Jerlun), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Parlimen Padang Terap), Datuk Othman Abdul (Parlimen Pendang) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Parlimen Jerai).

Tidak ketinggalan, calon yang melakukan penampilan semula iaitu Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin (Parlimen Kuala Kedah) dan Datuk Ariffin Man ( DUN Bukit Lada) dan Datuk Abdul Mutalib Harun (Kubang Rotan).

Gabungan muka baharu yang kebanyakan calon tempatan memantapkan lagi pertaruhan BN Kedah apabila calon yang dipertaruhkan merupakan berkaliber seperti di DUN Alor Mengkudu, Abdul Malik Saad; Sungai Limau (Datuk Norma Awang); Tanjung Dawai (Anuar Ahmad); Merbau Pulas (Asmaidi Abu Talib) dan Bukit Pinang (Dr. Muhammad Nawar Ariffin).

Tiga calon digugurkan ialah Datuk Ahmad Lebai Sudin (DUN Bukit Lada), Dr. Ismail Daut (Parlimen Merbok) dan Azmi Che Hussain (DUN) Bayu.

Kombinasi daripada pemimpin parti komponen mengukuhkan lagi barisan tersebut dengan calon terdiri anak tempatan seperti di kerusi DUN Derga oleh Dr. Cheah Soon Hai, Parlimen Alor Setar (Datuk Yoo Wei How), DUN Kota Darul Aman (Tan Eng Hwa) dan DUN Bukit Selambau (Datuk Jaspal Singh).

BN Kedah kini menyandang 10 kerusi Parlimen dan 20 DUN.

Mengikut statistik, sebanyak 1,146,492 pengundi di Kedah akan menunaikan tanggungjawab pada  9 Mei.-24/4/2018

P.004 LANGKAWI:  Datuk Ir. Nawawi Ahmad

N.01 AYER HANGAT: Datuk Mohd. Rawi  Abd. Hamid

N.02 KUAH: Nor Saidi Nanyan

P.005 JERLUN: Datuk Othman Aziz

N.03 KOTA SIPUTEH:  Ahmad Azhar Abdullah

N.04 AYER HITAM: Datuk Abu Hasan Sarif

P.006  KUBANG PASU: Datuk Seri Mohd. Johari Baharum

N.05 BUKIT KAYU HITAM: Datuk Ahmad Zaini Japar

N.06 JITRA: Datuk Aminuddin Omar

P.007 PADANG TERAP: Datuk Seri Mahdzir Khalid

N.07  KUALA NERANG: Datuk Badrol Hisham Hashim

N.08 PEDU: Kama Noriah Ibrahim

P.008 POKOK SENA: Datuk  Said Ali Syed Rastan

N.09 BUKIT LADA: Datuk Ariffin Man

N.10 BUKIT PINANG: Dr. Muhammad Nawar Ariffin

N.11 DERGA: Datuk Cheah Soon Hai

P.009 ALOR SETAR: Datuk Yoo Wei How

N.12 SUKA MENANTI: Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah

N.13 KOTA DARUL AMAN: Tan Eng Hwa

N.14 ALOR MENGKUDU: Abdul Malik Saad

P.010 KUALA KEDAH: Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin

N.15  ANAK BUKIT: Johari Aziz

N.16 KUBANG ROTAN: Datuk Abdul Mutalib Harun

N.17 PENGKALAN KUNDOR: Datuk Abdul Halim Said

P.011 PENDANG: Datuk Othman Abdul

N.18 TOKAI: Ahmad Fatahi Omar

N.19 SUNGAI TIANG: Datuk Suraya Yaacob

P.012 JERAI: Datuk Seri Jamil Khir Baharom(BN)

N.20 SUNGAI LIMAU: Datuk Norma Awang

N.21 GUAR CHEMPEDAK: Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail

N.22  GURUN: Datuk Boey Chin Gan

P.013 SIK: Dr. Mansor Abdul Rahman

N.23 BELANTEK: Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah

N.24 JENERI: Mahadzir Abd. Hamid

P.014 MERBOK: Datuk Tajul Urus Mat Zain

N.25 BUKIT SELAMBAU: Datuk Jaspal Singh

N.26 TANJONG DAWAI: Annuar Ahmad

P.015 SUNGAI PETANI: Datuk Shahanim Mohd. Yusof

N.27 PANTAI MERDEKA: Datuk Ali Yahaya

N.28 BAKAR ARANG: Ko Hung Weng

N.29 SIDAM: Tan Kok Seong

P.016 BALING: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

N.30 BAYU: Mohamed Noor Mohamed Amin

N.31 KUPANG: Harun Abd. Aziz

N.32 KUALA KETIL: Mohd. Khairul Azhar Abdullah

P.017 PADANG SERAI: Datuk Leong Yong Kong

N.33 MERBAU PULAS: Datuk Asmaidi Abu Talib

N.34  LUNAS:  M. Thuraisingam

P.018 KULIM/BANDAR BAHARU: Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir

N.35 KULIM: Chua Thiong Gee

N.36 BANDAR BAHARU: Datuk Norsabrina Mohd. Noor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana