Najib selar tindakan DAP hina Seng Giaw

Pimpinan DAP dibidas kerana menggelar pemimpin veteran parti itu, Dr Tan Seng Giaw sebagai seorang pengkhianat dan ‘anjing suruhan’.

Dalam catatan terbaharu di Twitter hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan ‘amat menyedihkan melihat penyandang kerusi parlimen Kepong itu dihina hanya kerana beliau berpaksikan kepada kebenaran.

“Jika beginilah cara DAP melayani orang mereka sendiri, boleh dibayangkan bagaimana mereka akan melayani rakan-rakan ‘sementara’ mereka sekiranya mereka berkuasa?” soal beliau.

Terdahulu, dalam artikel bertajuk ‘DAP loyalist branded ‘running dog’ for speaking truth’ (pemimpin setia DAP digelar ‘anjing suruhan’ kerana bercakap benar) yang diterbitkan pada Khamis, Seng Giaw turut mempersoalkan motif disebalik tindakan DAP melabelkan beliau sebagai pengkhianat.

Veteran DAP itu dilaporkan tidak disenangi oleh pucuk pimpinan DAP apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti untuk mengaitkan Najib dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seng Giew adalah bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ketika isu 1MDB menjadi menjadi tumpuan masyarakat serta media luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana