Najib Lakukan Untuk Rakyat, Mahathir Lakukan Untuk Kroni

”Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa. Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti,” – Mahathir

Ini adalah dianatara ayat Mahathir setelah begitu lama berada didalam kerajaan dan melepaskannya setelah 22 tahun memerintah.

Sepanjang 22 tahun tersebut, apakah yang dilakukan oleh Mahathir terhadap bangsa Melayu , Tiada .. Itulah jawapannya. Bagi Mahathir Melayu adalah golongan yang malas berusaha dan  mencari rezeki, semuanya mengharapkan bantuan  semata mata.

“Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat,” kata Mahathir dipetik The Malaysian Insider.

Ini lah yang mahu dilakukan oleh Mahathir sekarang, terus mengugat kedudukan Najib Razak yang dilihat lebih bijak darinya dalam membawa Malaysia ke landasan yang betul. Sekatan demi sekatan dilakukan sehingga  Mahathir sanggup bersekongkol dengan DAP untuk memusnahkan Melayu sendiri.

Di zaman Mahthir, apa yang boleh diberikan kepada rakyat, tiada.. jika ada pun hanya Amanah Saham Bumiputera yang mana geran sebanyak RM5000 diberikan kepada  rakyat dan , rakyat terpaksa membayarnya  semula dengan potongan dari dividen setelah puluhan tahun  dan masih tidak selesai lagi.

Tetapi apabila Najib  memperkenalkan BR1M kepada rakyat Malaysia dan sehingga kini tel;ah mencapai jumlah hampir 7 juta orang penerima. Mahathir terus mengkritik dasar Najib dengan mengatakan ianya sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

“Tak salah kerajaan menghulurkan bantuan kepada orang miskin dan kurang upaya tetapi pemberian itu hanya akan membuatkan rakyat terus bergantung kepada kerajaan. Kerajaan seharusnya melatih dan mencungkil kebolehan rakyat. Bukan hanya terus membiarkan rakyat menunggu bantuan daripada kerajaan,” Tun Mahathir.

BR1M yang dihulurkan oleh kerajaan bukan soal pergantungan rakyat kepada bantuan tersebut, akan tetapi ianya lebih kepada perkongsian hasil Negara bersama rakyat dimana tidak ada dalam kamus pemerintahan Mahthir selama 22 tahun.

Kerajaan Najib membayar BR1M sebagai suatu bantuan dan rangsangan ekonomi kepada orang ramai, kebanyakannya orang Melayu. Mahathir pula menyifatkan BR1M itu sebagai rasuah. BR1M ini dilihat  lebih baik rakyat ‘dirasuahkan’ untuk membeli barang keperluan daripada kroni diberikan duit untuk membeli kuda.

Mungkin itu asas kemarahan Mahathir: duit kerajaan sekarang disalurkan secara langsung kepada rakyat dan bukan lagi melalui orang tengah  sebagaimana amalan sebelum ini. Seterusnya sasaran matlamat tidak tercapai untuk rakyat. Hanya memperkayakan orang tengah.

Harus disingkap sejarah  bagaimana pemimpin yang rakus wujud dizaman Mahathir dan tidak mempedulikan langsung nasib rakyat yang amat tertekan dimana kadar pendapatan yang rendah dengan kadar inflasi yang tinggi ketika itu.

Memang benar perjuangan pemimpin-pemimpin di zaman Mahthir tidak lagi menerapkan kepada ahli-ahli untuk mengangkat martabat bangsa dan negara. Pemimpin di zaman Mahathir hanya mengejar keuntungan dan menggunakan keseluruhan jentera parti untuk menyelamatkan diri sendiri, kroni dan kaum keluarga dengan menggandakan kekayaan diri.

Mahathir bukan  berjuang untuk mengangkat ekonomi orang Melayu, bukan lagi mempertahankan hak istimewa orang Melayu. Malah pemerintahan yang dijalankan  telah bertukar kepada parti persendirian kepada orang tertentu untuk melindungi segalanya yang  sedang dilakukannya dan dikongsi bersama dengan kroni-kroninya. Kroni-kroni pula setelah mendapat habuan, akan menyokong pemimpin korup seperti Mahathir tanpa limit.

Melayu yang malas, Melayu yang tidak berusaha, Melayu yang apabila berada di atas telah mengambil kesempatan (sehingga) tahap maksimum dengan membohongi dan menggadai prinsip bangsa serta menarik balik hak istimewa Melayu serta subsidi dan biasiswa.

Ayat ini digunakan bagi menyembunyikan segala bentuk tindakan yang dilakukan bersama kroni-kroni untuk merampas hak-hak rakyat dengan dasar persyarikatan dan penswastaan yang telah meyebabkan banyak syarikat GLC  tersungkur jatuh.

Dengan cara politik baru orang Melayu yang hanya melihat wang sebagaimana telah diajar oleh Mahathir dalam memberikan habuan kepada kroni yang kaya raya. Rakyat hanya dihidangkan dengan bangunan KLCC yang tersergam indah sahaja.

Melayu akan semakin korap, bangsat dan berkasta paria di dalam jangka masa 10 ke 20 tahun lagi  jika Mahathir menerajui Malaysia semula. Cukuplah sejarah  peyiksaan yang dilakukan selama 22 tahun oleh Mahathir.

Walaupun mungkin Melayu masih berpakaian elok, memandu kereta dan berumahtangga, Melayu akan kehilangan hak sebagai tuan di negara ini, Melayu akan diherdik dan diterjah sebagai jaga dan driver, Melayu sebagai tukang kebun di rumah-rumah towkay (touke) atau sebagai pencuci kolam renang.

Melayu akan sentiasa terkenang bagaimana hebatnya 4 Perdana Menteri asal Tanah Melayu dan tertunggu-tunggu bilakah penyelamat bangsa Melayu akan kembali menyatukan bangsa yang sudah lunyai ini.

Pada masa Melayu tidak memikirkan soal semangat kebangsaan, Melayu miskin hanya akan terlihat sebagai malas, bodoh dan tidak mempunyai inovasi dan bukan sahaja diherdik dan sergah oleh bangsa lain tetapi juga diterjah dan diherdik oleh bangsa sendiri seperti  Mahathir.

Demikian lah apa yang akan terjadi apabila secara sistematik bangsa Melayu dilumpuhkan dari semangat kemelayuan, jati diri dan menjadi robotik remote control.

Pada mulanya, Mahathir menyertai bidang politik untuk membela hak orang Melayu. Akan tetapi pada zaman pemerintahannya, projek-projek kerajaan dan juga hak monopoli diberikan kepada ahli perniagaan kaya yang mempunyai hubungan rapat dengannya.

Ini bukan perkara baharu: pihak pembangkang sering mengkritik Mahathir atas isu ini suatu ketika dahulu, mengherdik amalan yang diamalkan oleh Mahathir sehingga berbagai gelaran yang diberikan terhadapnya.

Wang kerajaan dibazirkan ke atas syarikat kroni, dan apabila projek gagal, syarikat-syarikat yang sama terpaksa diselamatkan (atau di-bail out) oleh kerajaan juga. Contohnya, projek LRT dan monorail kebanggaan Mahathir akhirnya terpaksa di-bail out oleh kerajaan untuk jumlah RM8.68 bilion.

Bukankah yang dibazirkan oleh Mahthir itu adalah wang rakyat? Wang yang sepatutnya diberikan kepada rakyat dalam membangunkan infarstruktur  keselesaan untuk rakyat dihabiskan untuk meyelamatkan kroni dan anak beranaknya.

Cuba bandingkan dengan keadaan sekarang. Projek MRT1 (Sungai Buloh-Kajang) Najib disiapkan lebih awal daripada jadual dan dibawah bajet (RM2 bilion lebih murah). Yang pentingnya, setengah nilai kontrak projek itu diberikan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera melalui sistem tender terbuka (open tender).

Begitu juga pembinaan  lebuhraya Pan Borneo yang tidak pernah difikirkan Mahathir untuk rakyat Sabah dan Sarawak, Namun Najib telah merealisasikannya untuk rakyat Sarawak sebuah pembinaan lebuhraya tanpa tol yang dibina tanpa konsesi dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Dalam kata lain, kontraktor bukan kroni. Siapa kata Melayu tidak mampu buat kerja yang baik dan cekap? Hanya Mahathir sahaja tidak mempercayai Melayu dalam meningkatkan ekonomi dan taraf hidup sehingga mengatakan Melayu tidak boleh  melakukannya dan pemalas.

Sudah beberapa kali Mahathir menyifatkan orang Melayu sebagai malas. Kononnya, dia gagal mengubah sikap orang Melayu. Semua  ini hanya alasan kerana dia yang bagi peluang kepada kroninya dan bukan orang Melayu biasa.

Mungkin kroninya yang malas (sebab itu banyak projek gagal), sedangkan kebanyakan orang Melayu tidak. Secara peribadi ramai yang tidak beranggapan begitu kerana telah bekerja dengan banyak orang Melayu yang rajin, jujur, bijak, dan berupaya. It was a true privilege to work alongside them.

Jadi apa yang berlaku sekarang adalah disebabkan Mahthir yang yang menjadikan Melayu itu  menjadi penentang , Melayu yang menyokong pula adalah dikalangan Melayu pemalas yang hanya mengharapkan habuan mudah melalui sistem kroni Mahathir.

Kini Mahathir bersama pembangkang untuk memusnahkan Melayu dan apa yang ada  pada diri Melayu untuk menghidupkan semula kroninya  dengan menghidupkan semula  amalan kronisme  dan akan terus  membiarkan rakyat sebagaimana 22 tahun pemerintahannya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment