MCA berusaha rampas Parlimen Bakri dan DUN Bentayan

MCA mengamalkan pendekatan yang berbeza dalam usaha untuk merampas kerusi Parlimen Bakri dan Bentayan yang telah berada di bawah kepimpinan pembangkang sebelum ini.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai berpendapat strategi yang berbeza diperlukan ketika menghadapi PRU14.

"Kita perlu memikirkan strategi di luar kotak supaya yang kita tidak hilang tempat di kawasan ini seperti  dua pilihan raya sebelum ini.

"Walaupun begitu, kami terus berkhidmat kepada masyarakat setempat dan tidak akan meninggalkan mereka," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam perpaduan MCA Bakri pada Selasa.

Menurut Ka Siong, strategi semasa yang diguna pakai oleh parti itu adalah untuk memilih calon  yang bukan dari kepimpinan bahagian MCA di kawasan itu.

Tambahnya, parti itu meletakkan pemimpin cawangan yang terkenal.

"Kami percaya bahawa calon Koh Chon Chai dapat membuat perbezaan di sini kerana dia mempunyai pengalaman luas dalam isu-isu yang berkaitan dengan industri tempatan dan dapat mengubahnya," katanya.

Chon Chai yang merupakan Setiausaha Kehormat MCA Haji Jaib , 51, dipilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Bakri merupakan seorang tokoh terkenal dalam industri perabot.

Ketua cawangan MCA Jalan Abdullah, Lee Kim Heng, 50, seorang ahli majlis tempatan, dipilih untuk bertanding di kerusi DUN Bentayan.

Ujar Ka Siong lagi, kedua-dua calon itu merupakan penduduk setempat dan sudah biasa dengan komuniti di situ.

Beliau turut berkata  pencalonan kedua-duanya mendapat sokongan daripada pemimpin bahagian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana