Langkawi Tolak PKR, Mahathir Bakal Kalah?

Umum mengetahui bahawa Pakatan akan menggunakan logo PKR pada PRU14 akan datang. Walaupun parti senior, pencapaian PKR biasa-biasa saja...tak semua kawasan mempunyai penyokong tegar PKR. PKR hidup pun atas nama Anwar Ibrahim saja.

Jadi, faktor PKR akan menjadi penentu kepada kalah menang calon Pakatan, termasuk Tun Mahathir. Mahathir sah akan bertanding di Langkawi, kawasan yang sangat sinonim dengan beliau. Namun dikhabarkan penduduk Langkawi sudah lama menolak PKR. Jadi, tak mustahil Mahathir akan kecundang di kawasan itu.

Walaupun beliau punya pengaruh di Langkawi, tetapi ia dijangka tidak akan membantu kemenangannya kerana rakyat Langkawi memang tolak PKR. Pada PRU13 yang lalu, calon PKR kalah di tangan calon BN, Nawawi Ahmad dengan majoriti cukup besar 11,861 undi. Jadi, ada kebarangkalian Mahathir akan menjadi korban seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana