Ketua Wanita Shah Alam Berdepan Anak TKSU Di DUN Kota Anggerik

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Shah Alam, Puan Jumaeah Masdi merupakan calon Barisan Nasional bagi N40 DUN Kota Anggerik bakal berdepan dengan anggota AMK Najwan Halimi yang dikatakan anak TKSU dan juga wakil PAS yang merupakan pendakwah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani.

Entah kenapa kerusi N40 DUN Kota Anggerik menjadi masalah kepada pakatan di ketuai DAP. Pada mulanya PKR menamakan Naib Presidennya, Shaharuddin Badaruddin di kerusi DUN Kota Anggerik manakala di Seri Setia pula ialah anggota AMK Najwan Halimi.

Namun atas permintaan Shaharuddin maka kerusi tersebut ditukar atas arahan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Mungkinkah pertandingan tiga penjuru yang bakal mewarnai kerusi tersebut menyebabkan berlaku pertukaran tersebut.

Pakatan dilihat kurang pasti berkenaan calon dan kerusi yang dipertandingkan. Sebelum ini, PKR di Selangor berada dalam keadaan dilema apabila berlaku perselisihan pendapat berkenaan calon yang dikatakan berpecah kepada kem Azmin dan kem Wan Azizah.

Walaupun Wan Azizah cuba menyembunyikan masalah dalaman parti tersebut namun beliau sendiri yang mendedahkan kemelut yang berlaku apabila bergegas keluar ketika nama Azmin Ali diumumkan untuk berucap dalam satu majlis rasmi.

Fakta yang perlu rakyat DUN Anggerik tahu berkenaan Najwan Halimi, pada tahun 2012, bendera yang direka oleh Najwan pada tahun 2007 bernama Sang Saka Malaya, dibawa oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi dengan reka bentuk bendera merah dan putih bersama-sama dengan bulan sabit dan bintang dengan 11 bucu pada malam sebelum sambutan kemerdekaan Malaysia. Bendera tersebut menjadi titik pusat dalam kontroversi bendera kebangsaan pada tahun 2012.

Beliau dilihat cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal Tanah Melayu. Sebenarnya Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Ianya mengundang kemarahan rakyat Malaysia. Najwan dilihat sebagai seorang yang biadap dan kurang ajar menghina bendera negara. Ramai yang berpendapat beliau tidak layak menjadi rakyat Malaysia dengan sikap yang cenderung melakukan pemberontakan secara kekerasan.

Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

Perlu kita tahu bahawa perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya. Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno.

Adakah kita mahu seorang yang berjiwa pemberontak seperti Najwan Halimi dipilih untuk mewakili rakyat DUN Kota Anggerik. Sudah tentu tidak. Pastikan kita berpesan kepada ahli keluarga dan sahabat handai untuk memilih Puan Jumaeah Masdi yang merupakan calon BN. Beliau menjanjikan kerja keras yang tidak lari dari landasan yang betul untuk rakyat Kota Anggerik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana