KERUSI DUN NEGERI DALAM KEADAAN MEMBIMBANGKAN DAP – GUAN ENG...JANGAN NAK BUAT SIMPATY LAH TOKONG

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengakui prestasi lapan daripada 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang disandang wakil daripada pakatan pembangkang berada dalam keadaan membimbangkan.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengakui Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mampu menawan kelapan-lapan kerusi DUN berkenaan, jika pakatan pembangkang tidak bekerja keras untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lapan kerusi DUN yang didakwa dalam keadaan membimbangkan itu.

“Ini adalah daripada sumber saya sendiri. Kita perlu pertahankan kerusi berkenaan, kena berhati-hati kerana kita tidak pasti menang (pada PRU-14). Justeru, kita kena kerja keras untuk memenangkan kerusi berkenaan dan mengelaknya daripada jatuh kepada BN.

“Kita punya kerusi DUN (lapan kerusi berkenaan) mungkin dalam keadaan membimbangkan tetapi perlu pastikan semuanya masih selamat dengan kita (pakatan pembangkang),” katanya di sini, malam ini.DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi yang mana 29 dikuasai pakatan pembangkang, BN (10) dan PAS (1).

Terdahulu, Guan Eng turut melancarkan manifesto pakatan pembangkang Pulau Pinang yang mengandungi 68 janji berpandukan 11 teras utama bertemakan ‘Saya Sayang Pulau Pinang’, bagi menghadapi PRU-14.

Turut hadir, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri, Marzuki Yahya dan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, pakatan pembangkang menyasarkan untuk merampas lima kerusi DUN dan tiga Parlimen yang disandang BN, pada PRU-14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana