Janji cuti lima hari hanya umpan, kata penganalisis

SHAH ALAM: Perisytiharan cuti umum bersambung lima hari jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menakluki Putrajaya oleh Pengerusi pakatan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah strategi ‘mengumpan’ pengundi bandar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi.

Dengan janji bahawa pada 10 dan 11 Mei sebagai cuti umum, PH berharap pengundi akan teruja pulang dan mengundi PH, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd. Azizuddin Mohd Sani.

"Memang strategi lah. Dia dah cakap dah tu.

"Dia nak bagi keyakinan untuk orang balik mengundi juga, jika menang akan beri cuti dua hari, jadi memang strategi dialah.

"Apa pakatan harap ini, nak bawa pengundi sebanyak mungkin turun mengundi," katanya.

Ketika berucap di Majlis Taklimat Calon-calon Pakatan Harapan di Auditorium MPSJ, semalam, Dr Mahathir mengumumkan akan meluluskan dua hari cuti tambahan jika PH berjaya membentuk kerajaan.

Selain cuti umum yang diberikan pada hari Rabu, 9 Mei, sebagai hari mengundi, dua hari lagi cuti iaitu pada Khamis dan Jumaat akan diberikan menjadikan jumlah cuti selama lima hari termasuk cuti hujung minggu.

Langkah itu dilihat sebagai kempen membina persepsi buruk terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 9 Mei hari pembuangan undi PRU14 sebagai ikhtiar “menyukarkan” rakyat bekerja di bandar bergegas berulang alik mengundi dalam satu hari.

Pada masa sama ia juga dilihat sebagai strategi memomokkan Umno-BN kononnya ‘mempergunakan’ SPR bagi memastikan ramai penyokong PH tidak pulang mengundi sementara ia melaksanakan sistem pengangkutan teratur membawa pulang penyokongnya mengundi. 

Dr Mohd Azizuddin berkata, langkah PH itu adalah serupa motivasi untuk mendapat sokongan dalam pertandingan bola sepak di mana jika mereka menang, keesokannya diisytiharkan cuti.

"Tapi saya tak tahulah sejauh mana dia boleh isytiharkan kalau dia membentuk kerajaan, tentang cuti itu"

"Saya pun tak berapa pasti prosesnya (cuti), yang boleh jadi dua hari cuti"

"Itu merupakan janji pakatan, kalau menang esok cuti. Macam bola, kalau menang esok cuti," katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment