FAKE NEWS GENG PAKATAN : “ORANG BN MATI BERSAMA DUIT DALAM KERETA”...BURUKNYA PERANGAI PH

Betapa jeliknya cara penyokong Pakatan Harapan mencipta kebencian terhadap kerajaan sehingga sanggup menjadikan isu kemalangan maut sebagai fitnah.

Sebuah blog penyokong pembangkang ‘steadyaku47‘ telah memuat naik posting beserta beberapa keping gambar kemalangan di Sabah yang kononnya turut menemukan sejumlah wang nota RM100 di didalam kenderaan.

Fitnah sama dimuatnaik blog ‘Malaysians Must Know the TRUTH‘ dan turut disebarkan di aplikasi perbualan, Whatsapp.

Tanpa memberi ulasan lanjut mengenai lokasi kejadian dan mangsa terlibat, posting tersebut hanya meletakkan tajuk ‘Sabah man dies in accident with money in car’ (Lelaki Sabah maut kemalangan bersama wang didalam kereta).

Turut disertakan, gambar seorang lelaki memakai baju kemeja berwarna biru berserta logo Barisan Nasional (BN), kononnya merupakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Apa yang menjadikan posting ini adalah berita palsu adalah, gambar sejumlah wang nota RM100 digunakan didalam fitnah berkenaan.

Ianya adalah gambar sama digunakan dalam laporan Utusan Online bertarikh 22 Februari 2018 berkaitan penafian polis selepas tular mesej berlakunya pengedaran wang kertas RM100 palsu di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, mesej berserta gambar wang RM100 yang diikat dan disusun di dalam kotak itu di percayai imej lama yang sebelum ini telah tular dan disebarkan semula pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagi penganalisis politik, Lim Sian See (LSS), fitnah pembangkang melibatkan kes kemalangan maut adalah tindakan yang amat hina.

Kaedah yang digunakan sejak dari dulu adalah sama dengan mengambil mana-mana keping gambar kemalangan, disertakan pula dengan gambar mana-mana individu berbaju BN, seterusnya mengitar semula gambar kotak berisi wang dari mana-mana sumber yang tidak diketahui.

Kompilasi tersebut kata LSS kemudiannya disebarkan di aplikasi perbualan dan laman media sosial dengan mesej “Adakah ini benar? Ahli politik BN mati dalam kelamangan kereta. Kotak penuh dengan duit didalam kereta.”

“Nah! Lagi berita palsu untuk menipu rakyat untuk mencetus kebencian terhadap BN,” kata LSS sambil menambah agenda membohongi rakyat bukan kaedah BN kerana mereka yang handal bohong-membohong adalah dari Pakatan.

“Lagi berita palsu diedar oleh Pakatan untuk menipu rakyat dan menghasut. Berapa kali lagi kamu mahu kena tipu sebelum kamu mahu mengaku bodoh?.”
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment