Dr Mahathir-Anwar....aksi pelakon terbaik...macam adegan filem Tamil

Ini bukan fake news.Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad kini terus menerus terpaksa buat ‘muka kering’ dan control steady seolah tidak ada apa yang pernah berlaku di Malaysia sepanjang 20 tahun lampau.

Senang cakap…anggap sajalah segala macam pergolakan politik dilalui negara yang tercetus sejak bekas Perdana Menteri itu tendang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 kerana salahlaku moral hanyalah satu ‘mimpi rakyat’.

Sebaliknya siapa saja yang ada fikiran yang waras pasti akan berdiri tegak depan cermin untuk merenung wajah sendiri dan bertanya apakah kita ini semua terlalu bodoh dan biul melihat sandiwara Dr Mahathir sekarang.

Banyak yang boleh terima jika setakat beliau nak perang politik dalam perbezaan pendapat dan pendirian.

Sejarahnya sudah tercatat ada saja yang tidak kena di matanya pada pemimpin lain.Dari Allahyarham Tunku Abdul Rahman,Allahyarham Tun Hussein Onn,Tun Musa Hitam,Tengku Razaleigh Hamzah,Tun Abdullah Badawi dan terkini Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun untuk membuat U-turn dalam kes moral Anwar yang melibatkan pengakuan serius dirinya sendiri bertindak kerana amat yakin bekas timbalannya itu terlibat perbuatan terkutuk adalah sesuatu yang diluar batas lojik pemikiran.

Apa lagi kes liwat pertama dan kedua itu telah melalui siasatan rapi pihak polis dan dibicarakan di setiap peringkat mahkamah dari bawah sampai paling atas.

Malah klip video kata-kata Dr Mahathir pada satu sidang akhbar mengenai pengakuan seorang pasangan liwat yang beliau sendiri temuramah ‘dilancap’ oleh Anwar cukup popular diulang tayang di media sosial.

Lanskap politik negara mungkin tidak seperti sekarang jika Dr Mahathir yang kini kononnya dakwa nak selamatkan negara pejam mata saja pada salahlaku moral Anwar.

Siapa tahu negara aman damai tidak lalui zaman Reformasi demo sana demo sini dikuti penubuhan PKR dan tidak habis politik…politik...politik dari dulu sampai sekarang.

Juga di dahinya tidak lekat gelaran popular ’Mahafiraun’ dan ‘Mahazalim’.

Bayangkan dalam mencari pelampong politik untuk bergayut…orang yang sama ini juga sedang memeluk erat orang yang dikutuknya dulu dan dapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat.

Bukan setakat itu yang paling memualkan ialah Dr Mahathir yang dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri sementara jika pakatan pembangkang menang PRU14…sudah set untuk beri laluan kepada orang yang didapati bersalah meliwat menjadi Perdana Menteri selepasnya.

Jika ditakdirkan berlaku seperti seperti mereka impikan Malaysia akan catat rekod lantik Perdana Menteri yang pernah masuk penjara dua kali kerana bersalah meliwat.

Sudah kedengaran ramai yang kata ‘minta simpang’ ini semua tidak menimpa negara.

Ada juga yang kata ‘satu bala besar’ kalau anak cucu mereka dan generasi akan datang terpaksa bernaung dibawah payung orang yang ada rekod sebegini.

Dr Mahathir tidak boleh merasa tersinggung bila Perdana Menteri dalam ucapannya di majlis ramah mesra dengan rakyat di Jerantut pada Rabu menyifatkan beliau ‘pelakon terbaik’ yang wajar terima anugerah atas kepura-puraannya.

Pedih dan sembilu macam mana sekalipun itulah fakta dan hakikatnya.

Najib mengakui pada awalnya sukar untuk mempercayai tindak-tanduk U-Turn yang cukup menjengkelkan pengerusi pakatan pembangkang itu dalam isu Anwar.

“Sebelum ini Dr. Mahathir menganggap Anwar manusia paling terkutuk sehinggakan saya sendiri tidak sanggup untuk menyebutnya. Beliau kutuk Anwar seteruk-teruknya termasuk sebagai individu tidak bermoral.

Najib kata beliau sendiri malu nak sebut apa yang Dr Mahathir kata tentang moral Anwar lebih-lebih lagi depan hadirin wanita di majlis itu.

Menurutnya orang seperti Dr. Mahathir jelas tiada pendirian kerana dalam politik perlu ada nilai diri dan maruah.

Mungkin satu kebetulan...Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap di Majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu Rabu malam mempersoalkan apakah kes mata lebam Anwar pada tahun 1998 satu lakonan.

Beliau anggap ia ibarat adegan dalam filem Tamil mengenangkan kini hubungan politik yang erat antara Dr Mahathir dengan Anwar yang masih dalam penjara.

"Sekarang guna simbol mata (merujuk lambang PKR), mata lebam biru, lebam merah, (bekas) kena gocoh, bekas kena tumbuk.

"Tiba-tiba yang kena tumbuk dan yang tukang tumbuk bersatu, ...(jadi) kena tumbuk sungguh ke? Atau pura-pura saja?

"Macam filem Tamil, kena sekali tumbukan, jatuh berguling-guling, yang tengok menangis sedih, padahal tidak ada apa-apa, satu lakonan saja," katanya.

Melihat perkembangan ini semua...ada yang bertanya selama mana Dr Mahathir boleh buat muka kering agar air mukanya tidak jatuh berderai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana